Internet atau kewartawanan warta?
Sebagaimana
yang kita semua ketahui teknologi yang canggih pada dewasa kini telah
mempengaruhi kewujudan media baru dan pembaharuan dalam dunia kewartawanan,
permulaannya kewartawanan memulakan kehidupan sebagai sebuah perniagaan.
Internet dan kewartawaan pada hari ini tidak saling bergantungan, hal ini
kerana masyarkat tidak perlu lagi kewartawanan sebagai orang tengah mereka
dalam sesuatu peristiwa. Jelaslah mereka lebih mementingkan kewujudan internet
berbanding kewartawanan. Menurut dalam buku Chamil Wariya 2012, aliran maklumat
menerusi internet sudah semakin berkembang dan telah mengubah corak aliran
penghantaran dan pengaliran maklumat. Dari sudut persektif pengguna, berita
dalam talian lebih cenderung kepada isu-isu kreadibiliti terutamanya apabila
berita daripada blog atau lain-lain sumber. Bukan itu sahaja, media baru
benar-benar berpegang kepada ethos kewartawanan yang berpaksikan kepada kebenaran, ketetapan,
objektif dan kesaksamaanm dalam laporan.
Kehadiran
wartwan juga telah banyak mengubah tanggapan terhadap dunia kegiatan mengumpul,
menerbit dan menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat. Sememangnya
dunia kewartawan sungguh mencabar disebabkan terlalu banyak kecanggihan
teknologi yang wujud disebabkan oleh media baru seperti internet. Media baru
telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial dunia
melalui citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas, serta
mengetengahkan paripurna kemediaan yang lebih terbuka (openness) dan berkesan
(effectiveness) melalui bentuk yang lebih bebas, mudah dan memiliki gravitas
komunikasi secara plural berbanding media tradisi yang masih terkongkong.
Media baru juga telah memberi kesan terhadap
ekosistem industri berita, hal ini kerana internet telah didakwa menyebabkan
berita daripada kewartawanan akhbar telah mengalami penurunan edaran naskah
cetak, pengurangan pendapatan iklan dan penghijrahan pembaca ke berita online
dalam talian. Internet telah memberi pengaruh yang besar kepada masyarkat untuk
mendapatkan segala maklumat dan isu-isu yang berlaku disekeliling pada masa
kini.
Kewartawanan dikatakan sebagai fenomena baru dalam bidang
kewartawanan dan mula diteliti oleh para
pengkaji baik dalam bidang ilmu komunikasi, politik, sosiologi, dan sebagainya.
Pernah anda mendengar mengenai kewartawanan warga yang telah wujud di Malaysia
walaupun agak kabur, bagaimana pun fakta yang menyatakan bahawa blogging
merupakan batu asas kepada kemunculan wartawan warga adalah sesuatu yang sukar
untuk dinafikan oleh ramai pihak. (Chew,2012). Di Malaysia impak wartawan warga
mula menunjukkan taringnya sejak 2007. Bidang ini dipelopori dengan mendalam
secara formal oleh portal berita Malaysiakini. Portal berita itu dengan
kerjasama International Centre for Journalist di US telah memulakan program
melatih masyarakat untuk menjadi wartawan warga dari kalangan penduduk negara
ini.
Kesimpulan,
antara media baru dan kewartawanan sememagnya mesti mempunyai hubungan yang
rapat seiring dengan perkembangan globalisasi teknologi pada hari ini.
Kewartawanan warga adalah kewartawanan di mana rakyat biasa mengambil inisiatif
untuk melaporkan berita atau meluahkan pandangan tentang kejadian dalam
masyarakat mereka.
Rujukan
Chamil
Wariya, 2012, Kewartawanan dan Media Era
Digital(isu-isu semasa), Malaysian Press
Institute, Petaling jaya.
Chew
C.S, 2012, Wartawan Warga di Malaysia.
Temu bual, 18 September 2012.

Manusia pada zaman sekarang mahukan sesuatu dengan cara yang cepat dalam pelbagai aspek. Sebelum kemunculan berita online diperkenalkan, pengguna akan mendapatkan surat khabar pada setiap pagi untuk mengetahui berita dan isu semasa yang berlaku pada hari sebelumnya. Dari situ pengguna telah ketinggalan dalam mendapatkan maklumat mengenai isu semasa yang telah berlaku. Pengguna juga akan menggunakan masa mereka untuk keluar mendapatkan senaskah surat khabar. Selepas wujudnya berita secara atas talian, pengguna boleh mendapatkan maklumat berita dan isu semasa yang berlaku dalam masa yang singkat. Pengguna juga boleh membaca berita tersebut di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka inginkan. Pengguna juga boleh mendapatkan berita tersebut tanpa sebarang kos, hanya perlu mempunyai rangkaian internet sahaja. Oleh sebab itu, generasi pada zaman kini boleh mendapat semua informasi hanya pada hujung jari sahaja.
ReplyDeleteSememangnya, media baru lebih bermakna pada masa kini berbanding dengan dunia kewartawanan. Hal ini disebabkan pada masa kini masyarakat lebih mempercayai sesuatu benda yang mereka lihat di laman sosial kerana berita atas talian ini lebih mudah diakses tanpa mengeluarkan kos untuk membeli surat khabar. Dunia yang semakin canggih ini membuatkan manusia semakin malas untuk mengetahui hal sebenar yang dilaporkan dalam akhbar- akhbar dan begitu mudah untuk mempercayai berita yang disebarkan dalam laman sosial.
ReplyDeleteWalaupun media baru seperti internet telah wujud pada masa ini, namun kewartawanan sangat penting. Hal ini kerana tanpa wartawan, sesuatu informasi dan berita tidak dapat dilaporkan sama ada melalui internet mahupun melalui media penyiaran lain. Cabaran masa kini ialah manusia lebih suka membaca info, maklumat, dan berita melalui internet kerana lebih jimat masa dan wang mereka. Namun maklumat yang dibaca adalah sama sekiranya daripada sumber yang sah dan boleh dipercayai tetapi kelebihan maklumat yang disampaikan secara atas talian adalah lebih cepat daripada penyiaran maklumat di televisyen, radio dan akhbar.
ReplyDeleteMedia baru lebih berkesan dalam dunia kewartawanan kerana kemudahan yang tersedia sangat menjimatkan masa. Hal ini kerana segala isu-isu penting mudah untuk dikongsi kepada awam dengan cepat. kebanyakan masyarakat sekarang telah pun mempunyai internet untuk mengakses segala berita-berita terkini untuk dibaca. Akan tetapi masyarakat perlu bijak untuk mencari maklumat yang sahih dengan mengakses laman sesawang yang benar untuk tidak menimbulkan sebarang keraguan.
ReplyDeleteBagai kera dapat junjung itulah dapat dikatakan kepada wartawan yang menjadikan media baru sebagai saluran baru ubtuk menyalurkan maklumat. Wartawan pada masa sekarang menjadikan internert sebagai kawan karib mereka dalam menjalankan tugas. selain itu, mereka juga dapat melatih diri dalam dunia kewartawan sebelum berkecimpung dalam dunia realiti kewartawanan. Selain itu, masyarakat sekarang banyak melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki mereka dan secara tidak langsung membaca berita dari wartawan-wartawan yang menulis di dalam internet. Tetapi harus diingat bahawa bukan semua maklumat adalah benar dan sahih. Ada juga yang mereka cipta dan juga lari dari fakta sebenar. Wartawan-wartawan sebegini tidak mempunyai editor untuk membetulkan fakta yang diberikan.
ReplyDeleteBidang kewartawanan memerlukan media baru, ia memang saling bergantungan dalam pelbagai penyampaian maklumat kepada masyarakat. Para wartawan mempunyai suara untuk menyampaikan apa yang mereka nampak dan tahu. Kebanyakkan mereka mempunyai akuan sendiri dalam media baru baru untuk mereka meluahkan disebabkan mereka tiada hak untuk bersuara.
ReplyDeleteSaya merupakan salah seorang pengguna media baru iaitu gemar membaca berita menerusi berita online. Berita online ini memudahkan saya mengetahui info dan isu-isu semasa dengan cepat dan mudah. Berita online ini dapat dibaca pada bila-bila masa dan di mana jua jika dibandingkan dengan surat khabar.
ReplyDeleteTetapi terdapat juga perkara negatif dengan penggunaan media baru seperti berita online ini, antaranya adalah bukan kesemua berita yang ditulis adalah sahih dan tepat.
Oleh itu, bidang kewartawanan dan media baru penting dalam penulisan berita.