Jurang antara manusia pada masa kini tidak lagi mempunyai sempadan. Mereka dengan mudah boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan hanya menggunakan segala aplikasi yang ada dilaman sosial sebagai penghubung antara satu sama lain. Computer mediated communication adalah komunikasi yang telah dimediakan oleh komputer dan telah berlaku sejak 50 tahun yang lalu. Komunikasi komputer pengantara(CMC) didefinisikan sebagai sebarang komunikasi yang berlaku antara dua atau lebih banyak individu dalam satu masa dengan menggunakan peranti elektronik yang berbeza. Ini bermakna komunikasi antara manusia tidak lagi mempunyai batas kerana dengan hanya menggunakan komputer atau peranti elektronik mereka akan sentiasa dapat berhubung antara satu sama lain.
Bagaimana kita berkomunikasi menggunakan CMC?
Terdapat dua jenis komunikasi yang berlaku dimana yang pertama iaitu komunikasi yang berlaku dalam masa yang sama dan serentak. Aplikasi dalam laman sosial seperti skype, facebook massenger, whatsapp adalah salah satu contoh komunikasi yang berlaku serentak dalam masa yang sama. Manakala yang kedua adalah komunikasi yang tidak berlaku dalam masa yang serentak. Sebagai contoh, Email dimana ia mengambil masa yang berbeza untuk membaca dan menjawab email tersebut. Komunikasi ini tidak berlaku serentak.
Kecanggihan teknologi masa kini sememangnya memberikan impak yang positif mahupun negatif. Hal ini kerana manusia sendiri yang mencipta segala kemudahan yang ada didunia. Komunikasi yang telah dimediakan oleh komputer ini banyak memberikan kesan kepada manusia. Antaranya, kesan positif yang terdapat apabila menggunakan komputer sebagai penghubung antara manusia, kita dengan mudah dapat menerima maklumat atau mencari maklumat yang di ingini. Dunia baru yang penuh dengan segala informasi tidak lagi membimbangkan manusia kerana perkongsian maklumat berlaku sejajar dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. Walaubagaimanapun, manusia sering lupa dengan adanya kemudahan teknologi yang semakin canggih ini akan membuatkan seorang individu akan lebih menjauh antara satu sama lain. Sebagai contoh, komunikasi antara mereka hanya berlaku dalam alam maya dan ini akan mengakibatkan jurang komunikasi secara realiti akan mempunyai sempadan kerana leka dengan kemudahan yang sedia ada.
Sebagai konklusi, adakah kewujudan teknologi yang serba canggih ini akan lebih merapatkan jurang antara manusia atau sebaliknya? Mampukah manusia menyelesaikan semua perkara dengan hanya menggunakan komputer sebagai perantaraan mereka??
pada pandangan saya, kewujudan teknologi yang semakin canggih pada hari ini dapat merapatkan jurang antara kita, contohnya melalui laman sesawang, hal ini kerana sesorang itu berasa malu untuk berkomunikasi secara verbal oleh itu mereka menggunakan teknologi canggih ini untuk mewijuidkan sesuatu perhubungan itu. teknologi pada hari ini telah impak impak secara meluas kepada kita,
ReplyDeleteKecanggihan teknologi yang wujud masa kini nyata mendekatkan jurang antara manusia. Namun begitu tidak semua perkara mampu diselesaikan oleh teknologi. Ada kalanya manusia perlu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa menggunakan bantuan teknolgi
ReplyDeletememang benar kecanggihan teknologi dapat mendekatkan jurang antara manusia, tetapi pada pendapat saya ia hanya merapatkan jurang antara manusia yang berada jauh dari kita. Hal ini demikian kerana, kecanggihan teknologi ini juga telah menyebabkan manusia kurang berkomunikasi dalam dunia yang nyata. Hal ini merupakan salah satu impak penggunaan teknologi yang terlalu canggih. Ibarat yang dekat menjadi jauh, manakala yang jauh menjadi dekat. situasi vice versa telah berlaku di situ.
ReplyDeleteSebenarnya kewujudan internet telah dapat mengeratkan lagi hubungan di antara manusia. Walaupun berjauhan mereka dapat berhubung di antara satu sama lain untuk bertanya khabar dan juga bertukar pendapat serta berkongsi masalah. Namun tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan menggunakan bantuan internet. Komunikasi secara nyata lebih berkesan kerana kita dapat melihat reaksi tubuh seseorang itu dan cara percakapan mereka.
ReplyDeleteInternet merapatkan jurang antara semua individu yang berada di seluruh dunia. Kecanggihan yang terkini dapat memudahkan seseorang berinteraksi antara manusia. Tidak seperti dahulu dimana sesuatu pekara mengetahui mengambil masa yang lama dan mungkin sudah lapuk.
ReplyDeletePada pendapat saya, benar internet dan teknologi merapatkan jurang di antara individu yang berjauhan.Tujuan teknologi dicipta adalah untuk memudahkan segala pekerjaan manusia. Akan tetapi, tidak semua masalah atau pekerjaan manusia dapat diselesaikan dengan teknologi.
ReplyDeleteAdakah kita semua sedar, dalam kemajuan teknologi juga membuatkan kan kita 'jauh' di antara satu sama lain yang dekat?
Teknologi membuatkan yang jauh berasa dekat, yang dekat berasa jauh.