Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang
dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan
batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information
Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang
sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang
digunakan secara meluas.
Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada
sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit
yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). Sehubungan
dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja
seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli-belah memudahkan
pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan
Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom, Digi dan Maxis merupakan
salah satu punca meningkatnya jumlah penggunaan internet. Dari semasa ke semasa
harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin
menurun dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing
untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. Justeru,kebanyakannya
penduduk dibandar mahupun bukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan
Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses Internet ke
mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.
Peningkatan penggunaan internet juga berlaku dengan
munculnya media sosial yang popular seperti instagram, twitter, Facebook dan
lain-lain. Hal ini menyebabkan
masyarakat berlumba-lumba untuk mempunyai akaun sendiri untuk berkongsi
pendapat, mencari rakan baru dan sebagainya. Tidak hairanlah seseorang itu
mempunyai lebih dari satu akaun bagi melayari aplikasi-aplikasi ini. Sehubungan
dengan itu, menjadi perkara biasa dalam masyarakat dalam penggunaan internet malah
kanak-kanak yang berumur 7 tahun sudah memiliki akaun sendiri.
Selain
itu peningkatan internet juga untuk mendapatkan kepuasan terutamanya melalui
hiburan. Internet memudahkan pengakses untuk mencari lagu dan video untuk
dimuat turun dengan hanya menekan butang carian (search) pengakses mendapatkan maklumat yang dinginkan. Selain itu,mereka
juga dapat mendengar terus dari Internet secara aliran data tanpa memuat turun
data tersebut.
Sebagai penutup wawancara ini, pada pendapat anda adakah internet menjadi sebahagian dari hidup anda? Mengapakah internet menjadi keperluan di dalam hidup anda?

Ya internet merupakan salah satu keperluan dalam hidup saya. Hal ini kerana internet banyak membantu memudahkan kerja kerja saya. Sebagai contoh saya terlewatuntuk memberi komen pada blog ini mungkin disebabkan saya tida talian internet pada waktu tersebut. Oleh itu, segala kerja tidak boleh dilaksanakan dan dengan internet juga saya dapat mengakses maklumat dengan segera tanpa perlu mencari buku yang mempunyai maklumat yang diinginkan.
ReplyDeleteSebagai seorang pelajar universiti, internet merupakan salah satu perkara yang penting. Hal ini demikian kerana setiap tugasan yang diberikan banyak dimuat naik di dalam laman web. Selain daripada itu, internet amat penting dalam pencarian maklumat untuk dijadikan rujukan ketika melakukan tugasan. Pencarian buku di perpustakaan juga memerlukan internet untuk mencarinya. Tanpa internet, semua tugasan akan tertunda dan menyulitkan pelajar untuk mencari maklumat. Seterusnya pelajar juga akan ketinggalan dalam memperolehi apa-apa maklumat yang disampaikan oleh pensyarah seperti pengumuman pembatalan kelas dan tugasan baru yang diberikan. Tanpa internet juga pelajar akan menjadi seorang yang pasif.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju bahawa pada masa kini internet sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana semua perkara yang kita lakukan sudah semestinya memerlukan internet, sebagai contoh, untuk menyiapkan sesuatu tugasan kita memerlukan internet sebagai medium utama mencari bahan atau sumber maklumat. Tanpa internet, sesuatu pekerjaan akan tertunda begitu sahaja. Saya bersetuju dengan saudari hidayu dimana ketiadaan internet akan membuatkan pekerjaan tidak dapat dilaksanakan pada masa yang tepat
ReplyDeletemasyarakat memerlukan internet untuk pelbagai fungsi dan kemudahan mereka,mereka lebih bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Sebagai contoh yang terdekat, saya memang memerlukan internet untuk kemudahan saya secara langsung ataupun tidak lansung. Internet memainkan peranan sebagi kompenan yang terdekat dan termudah untuk mendapat sesuatu maklumat dengan cepat dan mudah.
ReplyDeleteInternet semamangnya penting pada zaman moden ini. Segala informasi dan isu-isu semasa banyak terdpat di dalam internet. bukan sahaja pelajar yang memerlukan internet, akan tetapi golongan profesional juga menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat sebagai pengetahuan sendiri dan juga sebagai penambahkan ilmu. Sebagai pelajar, saya lebih gemar menggunakan internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Tanpa internet, sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan dan untuk memperolehi maklumat tambahan.
ReplyDeleteTidak dapat disangkal lagi, kemajuan teknologi sememangnya penting untuk kegunaan seharian. Dalam sedar ataupun tidak, kemajuan teknologi kini amat membantu untuk tujuan peribadi ataupun sebaliknya. Komunikasi kini lebih tertumpu kepada komunikasi yang menggunakan teknologi seperti Whatsapp, Wechat, Facebook dan lain-lain. Malah hubungan komunikasi bersemuka tidak lagi menjadi satu cara yang utama pada ketika ini. Pelbagai kesan yang positif dapat kita lihat daripada perkembangan teknologi kini tetapi adakah kita tahu disebalik kesan positif tersebut ada juga kesan negatif yang sering diambil mudah? Bagaimanakah perhubungan sesama manusia pada zaman kecanggihan teknologi ini? adakah hubungan tersebut semesra sebelum kecanggihan teknologi ini?

ReplyDeleteInternet menjadi sebahagian daripada hidup kita dan saya sendiri. Sebagai pelajar dan juga generasi Y, internet menjadi kewajiban kepada bagi saya mempunyai internet. Internet bukan sahaja sebagai medium hiburan tetapi juga menjadi panduan kepada kita terhadap sesuatu aspek. Sebagai contoh , jika kita ingin mencari kawasan atau sesuatu tempat yang ingin dituju tetapi tidak tahu maka internet boleh dijadikan panduan iaitu mengunakan map. Selain itu, sebagai pelajar ingin mencari maklumat atau bahan ilmiah, internet digunakan kerana buku-buku yang berada di perpustakaan tidak mencukupi dan terhad.
ReplyDeleteSaya bersetuju bahawa internet amat lah penting dan menjadi sebahagian rutin saya sebagai seorang pelajar universiti dalam menggunakan internet. Tidak dinafikan internet banyak memudahkan saya dalam mencari maklumat untuk tujuan pembelajaran. Selain itu, ekoran perkembangan teknologi yang semakin maju ini, internet amatlah diperlukan.
ReplyDelete"Apa lah fungsi Iphone tanpa mobile data. Baik guna sahaja Nokia 3310". Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan mengenai peredaran zaman dan teknologi pada masa kini. Internet dan teknologi saling berkait di antara satu sama lain.