Tuesday, March 24, 2015

Manusia hamba internet?????

Adakah internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang menyebabkan manusiamenjadi hamba internet? Ini adalah satu persoalan yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan manusia menjadi “pak turut” kepada internet. Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan,, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?
            Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang 'melayan sahabat' mereka ini. Sebagai contoh seseorang itu tidak dapat melayari internet selama sehari beliau akan menjadi gelisah seakan-akan menjadi seorang perokok yang kekurangan nikotin di dalam badan. Hal ini jelas menunjukkan kebanyakan masyarakat tidak bernafas jika terputus hubungan dengan internet.




Seseorang yang “gila” internet didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini  peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Sehubungan itu, silaturahim antara masyarakat, keluarga dan orang sekeliling akan terjejas akibat daripada impak internet. Contohnya, seseorang itu akan menghabiskan masa dengan melayari internet sehingga melupakan kehidupan yang normal dan aktiviti kemasyarakatan akan berkurangan terhadap diri seseorang itu.
Kesimpulanya, internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia internet, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Sebagai persoalannya apakah yang membuat anda terlalu taksub dengan penggunaan internet?

           






8 comments:

  1. Hidup tanpa internet ibarat hidup di zaman batu. Kebanyakkan aktiviti seharian manusia kini perlu diselesaikan dengan menggunakan bantuan internet. Tanpa internet, kerja kerja yang perlu disiapkan akan tertangguh. Namun begitu, kebanyakan manusia yang hidup dalam zaman internet kini terlalu banyak menyalahgunakan internet. Mereka akan menjadi resah apabila ketiadaan internet. Hal ini berlaku disebabkan oleh kehidupan mereka yang sudah terbiasa dengan adanya internet. Internet boleh menjadikan manusia kemurungan dan anti sosial dengan masyarakat. Ketaksuban dengan internet adalah kerana mereka ingin mendapatkan hiburan, maklumat, bermain game, membeli belah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Peningkatan penjualan telefon pintar di pasaran telah menyebabkan penggunaan telefon pintar juga semakin meningkat. Kebanyakan pengguna menggunakan telefon pintar adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan sosial mereka. Hal ini demikian kerana setiap telefon pintar mempunyai aplikasi-aplikasi seperti facebook, instagram, whatsapp, wechat dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi tersebut telah menyebabkan pengguna sentiasa memberi perhatian kepada telefon pintar mereka sahaja. Keadaan ini boleh menyebabkan pengguna menjadi seorang yang anti-sosial. Secara tidak langsung hal ini telah menyebabkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan menjadi semakin jauh. Sampai tahap kritikal, ber"whatsapp" dengan rakan yang berada dalam satu rumah. Keadaan ini juga akan menyebabkan tahap komunikasi antara mereka semakin menurun. Selain daripada itu terdapat juga permainan atas talian seperti COC yang telah menyebabkan pengguna menjadi leka sehingga ada yang mengabaikan kesihatan dan perhubungan. Melalui situasi ini dapat digambarkan bahawa pengguna sekarang terlalu taksub dengan telefon pintar dan menjadi semakin ketagih dengan internet. Jika tidak mengakses internet dalam masa satu hari, mereka akan berasa resah dan tidak tenang. Telefon pintar umpama nyawa bagi mereka.

    ReplyDelete
  3. Walaupun internet itu memberi kesan postif kepada semua pengguna namun ia akan memberi impak negatif sekiranya seseorang itu terlalu obses dengan penggunaan internet. Pengguna tegar internet untuk mengakses segala aplikasi laman sosial akan mengalami tekanan sekiranya pada satu masa ia tidak dapat mengakses laman sosial dengan segera. Seseorang itu akan merasa kehidupannya seperti "lifeless" apabila tidak menggunakan internet. Oleh itu, internet akan menjadi salah satu punca seseorang itu mengalami kemurungan atau merenggangkan hubungan silaturrahim antara individu tersebut dengan orang disekeliling mereka

    ReplyDelete
  4. jangan kita menyalahgunakan teknologi yang muncul pada hari ini, contohnya dengan adanya internet, manusia boleh membuat apa sahaja yang mereka mahu sehinggakan memudaratkan orang lain. Perkara yang negatif perlu dielakkan. Oleh itu jangan terlalu obses sangat kerana ia akan membawa kesan yang buruk dalam jangka masa panjang. Ketagihan internet menyebabkan manusia alpa dalam dunia yang dicipta sendiri.

    ReplyDelete
  5. Internet adalah satu ciptaan manusia yang sangat menakjubkan sehinggakan manusia menghabiskan masanya dengan menyalari internet. Namun persoalan taksub itu adalah sangat relevan bagi manusia yang ketagih akan internet. Bagi saya, seseorang itu dapat mengawal diri jika bijak menggunakan internet dengan betul. Pembahagian masa amat penting untuk kita mengawal keadaan ini supaya kehidupan lebih teratur dan aktiviti harian dapat dijalankan dengan normal.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Internet telah menjadi virus kepada manusia pada masa sekarang. Semua orang mengetahui internet dan tahu mahu mengunakan internet ini. Lama-kelamaan berlakulah satu sindrom iaitu ketagihan dalam pengunaan internet ini. Ketagihan ini tidak merosakkan badan tetapi merosakkan emosi dan hubungan antara manusia. Kesan kepada ketagihan menyebabkan hubungan antara manusia berkurangan, tidak teratur dan menyebabkan masalah kesihatan kerana tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

    ReplyDelete
  8. Benar, manusia kini menjadi hamba kepada internet. Rata-rata manusia yang mempunyai smartphone akan menjadikan internet sebagai nyawa kedua mereka. Dapat dilihat, handphone akan sentiasa dicari. Contohnya, bangun pagi, smartphone dahulu yang dicari. Tgh makan, sebelah tangan memegang handphone. Selepas mandi, handphone dicapai dahulu berbanding benda lain. Ini menunjukkan ketagihan kepada internet oleh setiap orang tidak dapt dinafikan lagi.

    Seharusnya manusia perlu bijak dalm menangani penggunaan internet dengan baik. Jangan diri dijadikan sebagai hamba internet.

    ReplyDelete