Thursday, March 12, 2015

Bagaimana teknologi memberi kesan kepada masa depan manusia?

Sebagai manusia yang hidup dalam zaman era globalisasi ini, kita perlu sedar bahawa telah banyak berlaku transformasi dalam kehidupan kita. Transformasi ini berlaku seiring dengan kemajuan dan kecanggihan peralatan teknologi sehingga mampu mengubah pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi aspek pekerjaan, komunikasi, dan budaya.

Namun begitu, berdasarkan video tersebut, kita dapat simpulkan bahawa kecanggihan teknologi yang dicipta boleh memberikan banyak faedah dan kemudahan kepada manusia kerana dengan terciptanya kecanggihan teknologi kini, ia mampu mengurangkan beban kerja dan menjimatkan masa manusia.
Selain itu, kecanggihan teknologi kini juga boleh membantu manusia melakukan sesuatu perkara yang tidak tercapai atau tidak mampu untuk dilakukan. Hal ini menunjukkan bahawa, setiap kecanggihan yang dicipta mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing.

Walau bagaimanapun, manusia yang berperanan sebagai pengendali kecanggihan teknologi (pengguna) haruslah menggunakannya dengan baik dan tidak menyalahgunakan kecanggihan teknologi. Walaupun kecanggihan teknologi kini berkembang pesat dalam pelbagai bidang di dunia, namun terdapat juga kelemahan yang terselit dalam setiap kecanggihan tersebut yang boleh memberi impak kepada perkembangan teknologi dan kehidupan manusia. Persoalannya di sini, mengapakah masih ada manusia yang suka menyalahgunakan kemajuan teknologi ini untuk kepentingan diri mereka sendiri?


10 comments:

  1. Sememangnya teknologi kini semakin luas. Kecanggihan teknologi telah banyak memberi perubahan kepada kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, kecanggihan teknologi seperti Smartphone telah menaiktaraf pengaruh komunikasi dalam kalangan masyarakat. Ada diantara masyarakat kini yang terlalu obses dengan kecanggihan tersebut sehinggakan lupa akan keadaan sekeliing

    ReplyDelete
  2. Teknologi memang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan hidup manusia, akan tetapi bukan bererti kita manjadi sangat bergantung pada teknologi tersebut bahkan hingga menjadi suatu habbit dan akan menjerumuskan para manusia kedalam ketiakproduktifan kerana terlalu bergantung pada yang namanya alat instan.

    Sebenarnya manfaat terknologi adalah untuk meningkatkan taraf dan kualitas peradaban manusia di bumi ke tingkat yang lebih baik. Oleh karena itu, harus dilandasi dengan pemikiran yang kuat agar tidak merugikan manusia itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Teknologi boleh memberi pengaruh sama ada kesan negatif ataupun kesan positif kepada manusia. Kesan negatif akan berlaku kepada pengguna sekiranya mereka menyalah gunakan teknologi untuk kepentingan diri sendiri sebagai contoh kes penggodaman terhadap sesuatu syarikat dengan menggunakan teknologi komputer. Kesannya sesuatu syarikat yang digodam tersebut akan mengalami kerugian. Namun begitu, apabila pengguna menggunakan kecanggihan teknologi tersebut dengan baik ( positif), mereka akan mendapat faedah dan kesenangan diatas kewujudan teknologi tersebut.

    ReplyDelete
  6. Teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan pantas dan cepat. Malah teknologi akan merapatkan jurang antara negara, kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat. Namun, tidak semua maklumat itu tepat dan ianya perlu ditapis dengan baik supaya tidak ada kekeliruan dan mendatangkan kemudaratan kepada kita dan juga orang lain.

    ReplyDelete
  7. impak teknologi kepada manusia amatlah besar. impak ini termasuk kebaikan dan keburukan. antara kebaikan teknologi ini ialah memudahkan sesuatu pekerjaan kepada manusia. sebagai contoh ialah menghantar maklumat penting kepada seseorang hanyalah melalui pesanan ringkas (SMS), whatapp, twitter dan juga email. hanya beberapa saat sahaja, maklumat dapat diterima kepada si penerima. tidak seperti dahulu, sesuatu maklumat dapat diperolehi oleh si penerima memakan masa berhari-hari dan ia akan membazirkan waktu. antara keburukan teknologi ini ialah penyebaran fitnah atau maklumat palsu sangat cepat dan boleh diketahui ramai. sebagai penyebaran fitnah atau maklumat palsu dalam facebook. facebook mempunyai ramai pengguna, maka penyebaran ini mudah diketahui ramai tambahan lagi ada juga segelintir pengguna berkongsikan maklumat kepada orang lain. kesannya ialah individu yang difitnah akan mendapat malu.
    sesunggunhnya teknologi ini ada keburukan dan kebaikannya.

    ReplyDelete
  8. Teknologi masa kini yang semakin canggih memudahkan individu atau kelompok masyarakat membuat sesuatu perkara dengan cepat dan pantas kerana dengan hanya menggunakan hujung jari kesemua aplikasi boleh di akses terus. Walaupun kecanggihan teknologi memberi banyak manfaat kepada pengguna, namun ia juga akan memberi kesan negatif sekiranya disalahgunakan untuk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  9. Pengenalan teknologi kepada manusia sememangnya bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pengguna. Terpulang kepada pengguna tersebut untuk menggunakan teknologi tersebut ke arah kebaikan ataupun keburukan. Penjimatan masa dan juga keuntungan merupakan fokus utama pengguna terhadap penggunaan teknologi kini. Oleh sebab itu, pengguna haruslah memanfaatkan setiap kecanggihan yang terdapat dalam teknologi agar dapat terus membangunkan perkembangan kemajuan diri sendiri mahupun negara. Namun begitu, jika ledakan teknologi ini terlalu menguasai diri untuk digunakan demi kepentingan diri sendiri dan berniat untuk menindas golongan yang lemah, hal ini akan memberikan impak negatif kepada pengguna. Kesimpulannya, pengguna haruslah menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  10. Teknologi pada masa kini bertujuan untuk memudahkan manusia. Seiring dengan peredaran zaman, di mana masa kini di katakan zaman teknologi. Teknologi dicipta untuk memudahkan manusia dalam segala aspek. Contohnya berkomunikasi dari jarak jauh. Walaubagaimana pun, kemudahan dan kesenangan yang diberikan perlu digunakan dengan sebaiknya. Kemudahan berkomunikasi jarak jauh dicipta untuk mendekatkan atau untuk terus "keep contact" dengan rakan-rakan atau kenalan kita.

    Tetapi, menjadi tanggungjawab pengguna untuk menggunakan teknologi itu ke arah kebaikan ataupun keburukan.

    ReplyDelete