Sunday, March 8, 2015

SIAPA PANDU SIAPA?

Teknologi masa kini sememangnya mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Hampir 80% daripada kehidupan manusia masa kini dikelilingi dengan kecanggihan teknologi. Kecanggihan teknologi yang diciptakan juga banyak memberi faedah kepada kehidupan manusia. Ianya seolah-olah robot yang boleh membantu  untuk meringankan dan memudahkan kerja dalam kehidupan manusia. Namun begitu, persoalannya ialah siapa pandu siapa?

Persoalan "siapa pandu siapa?" di sini ialah bermaksud bagaimana manusia mengaplikasikan teknologi tertentu atau menggunakan kecanggihan teknologi yang tersedia ada dalam kehidupan mereka. Namun begitu, kita juga dapat melihat daripada segi fungsi teknologi itu sendiri yang boleh mempengaruhi dan memberi kesan sama ada kesan positif atau negatif dalam keseluruhan kehidupan manusia.

Sebagai contoh  kemajuan teknologi yang berkembang pesat dalam kehidupan manusia masa kini adalah seperti kecanggihan dalam bidang komunikasi,perubatan,pendidikan,kejuruteraan dan sebagainya. Kecanggihan teknologi dalam kesemua bidang ini membuatkan dunia yang pada  dasarnya sangat besar kini seolah-olah kelihatan begitu kecil bagi manusia yang hidup dalam zaman era kemodenan dan globalisasi ini.

Teknologi juga mampu menjimatkan masa kepada pengguna. Ramai yang mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka kerana ia lebih menjimatkan masa. Sebagai contoh dalam bidang komunikasi, pengguna hanya menggunakan Skype untuk menjalankan sesi komunikasi antara mereka. Kemudahan ini seumpama menjalinkan komunikasi dua hala kerana pengguna boleh berinteraksi secara bersemuka melalui alam maya. Kecanggihan terbaharu yang telah dijumpai ialah Skype yang boleh diterjemah dalam pelbagai bahasa. Hal ini memudahkan pengguna dari pelbagai bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Peratusan dalam penggunaan teknologi semakin tahun akan meningkat. Kita dapat melihat seperti dikebanyakan organisasi yang bersaing, mereka akan dinilai melalui inovasi dalam teknologi yang digunakan.

Menurut Robbin (1993), automasi organisasi adalah melalui perubahan teknologi yang telah menggantikan tenaga pekerja dengan mesin dan robot. Keadaan ini telah berlaku ketika Revolusi Industri dan perubahan ini telah berterusan sehingga ke saat ini dimana segala aktiviti keberlansungan hidup berdasarkan teknologi yang tercipta.

Teknologi sememangnya dicipta oleh manusia untuk kesenangan mereka. Namun hasil dari ledakan tersebut membuatkan manusia terlalu bergantung atau obses dengan teknologi dalam melakukan setiap aktiviti mereka. Tanpa teknologi, manusia tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan.

Secara tuntasnya, kita dapat melihat berdasarkan teknologi sekeliling kita dan dapat menentukan sendiri adakah manusia masa kini bergantung dengan teknologi sepenuhnya ataupun sebaliknya??


Rujukan:
Robbins, P. S. (1993). Organisatinal Behavior. US: Prentice Hall International Inc.





9 comments:

  1. Pada pendapat saya teknologi dan manusia bersifat saling bergantung. Manusia bergantung kepada teknologi bertujuan untuk memudahkan,mempercepatkan, dan melancarkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan. Tanpa kecanggihan teknologi tersebut, sesuatu aktiviti atau hasil sesuatu pengeluaran tidak dapat dilakukan dan dihasilkan dengan baik. Namun begitu, tanpa manusia yang mengendalikannya, teknologi yang dicipta tersebut tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, manusia yang hidup dalam zaman kecanggihan teknologi ini perlu bijak menggunakan dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian supaya tidak berlaku penyalahgunaan teknologi untuk tujuan lain. :)

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, di era globalisasi yang semakin moden ini, selaras dengan kecanggihan teknologi yang hanya menggunakan hujung jari untuk mengakses kesemua aplikasi ini akan menyebabkan manusia semakin lalai kerana menyalahgunakan kemudahan yang ada sehingga memberi impak negatif kepada diri pengguna tersebut. Sebagai contoh, sekiranya seseorang lebih suka menghabiskan masanya dengan aplikasi laman sosial, mereka tidak mempunyai masa untuk bersosial di alam realiti sehingga boleh menjejaskan hubungan antara orang sekeliling terutama dalam kalangan ahli keluarga kerana sibuk dengan aplikasi laman sosial yang semakin canggih. Ia akan memberi impak negatif yang sangat besar sekiranya menyalahgunakan teknologi.

    ReplyDelete
  3. Persoalan yang diajukan, "Siapa pandu siapa?" adalah bergantung kepada setiap individu sendiri. Kemudahan dan kecanggihan teknologi yang sedia ada pada masa kini adalah dicipta dan digunakan oleh mereka. Seperti yang diketahui, terdapat kesan negatif dan positif terhadap kemajuan teknologi pada masa sekarang. Contohnya, manusia mencipta teknologi untuk kemudahan orang ramai, akan tetapi ada segelintir manusia yang menggunakan teknologi ini untuk melakukan kejahatan dan keburukan.

    Berdasarkan pada apa yang dilihat, terutamanya di kawasan pengangkutan awam, KL Sentral contohnya, rata-rata dapat dilihat setiap orang yang menunggu ketibaan train masing-masing memegang handphone dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka. Itu kesan negatif yang dapat dilihat pada kemajuan teknologi pada masa sekarang.

    Contoh lain yang dapat dilihat, kanak-kanak pada masa sekarang, rata-rata di manjakan dengan teknologi. Kanak-kanak berusia 6 tahun lebih pandai dan arif akan penggunaan ipad. Sekiranya ibubapa tidak memanjakan kanak-kanak ini dengan teknologi, mungkin mereka tidak terlalu bergantung kepada teknologi.

    Oleh itu,siapa pandu siapa adalah bergantung kepada individu dan cara penggunaan teknologi tersebut.

    ReplyDelete
  4. persoalan "siapa pandu siapa" sebenarnya terletak kepada pengguna teknologi tersebut. pada pendapat saya, teknologi pada asalnya dicipta oleh manusia untuk kemudahan mereka pada masa akan datang. dari situ jelas menunjukkan bahawa manusia berkuasa ke atas penggunaan teknologi. namun ledakan kemajuan teknologi yang berlaku kini membuatkan manusia terlalu obses dengan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. jika sehari tidak menggunakan teknologi seperti gadjet, hidup mereka menjadi tidak lengkap. melalui situasi ini telah menyebabkan manusia dilihat seperti dipandu oleh teknologi.

    ReplyDelete
  5. Teknologi pada masa kini adalah satu keperluan kepada manusia untuk melakukan rutin kehidupan. Ianya jelas bahawa kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka. Akan tetapi, jika terlalu obsess dengan kecanggihan teknologi, manusia akan hilang bentuk komunikasi secara muka ke muka. Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online akan menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.

    ReplyDelete
  6. manusia pada abad ke-21 dengan tekonologi tidak dapat dipisahkan bagaikan komputer memerlukan pad kekunci yang saling memerlukan antara satu sama lain. kemudahan yang dapat membantu manusia dari pelbagai aspek juga menjadi kepentingan kepada manusia untuk mengunakan teknologi-teknologi pada masa sekarang. Sebagai contoh ialah menterjemah sesuatu perkataan dari bahasa melayu kepada bahasa inggeris. Pada sebelum wujudnya internet dan kamus elektronik, seseorang itu harus mencari makna satu persatu di dalam kamus untuk menghasilkan sebaris ayat atau perenggan ataupun sebuku. ini mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya tetapi masa sekarang hanya mengunakan 'google
    translate' seseorang itu dapat menyiapkan kerja mereka dalam masa yang singkat dan lebih mudah. sememangnya teknologi amat penting kepada manusia pada masa sekarang

    ReplyDelete
  7. Pendapat saya, manusia adalah pemandu kepada teknologi. Manusia yang mencipta teknologi bertujuan memudahkan rutin seharian. Maka secara jelas manusia yang memandu teknologi. Manakala corak pemanduan teknologi itu yang membuatkan penggunaan dan objektif kewujudan teknologi itu sendiri mendatangkan kesan sama ada baik atau buruk.

    ReplyDelete
  8. Pendapat saya, manusia adalah pemandu kepada teknologi. Manusia yang mencipta teknologi bertujuan memudahkan rutin seharian. Maka secara jelas manusia yang memandu teknologi. Manakala corak pemanduan teknologi itu yang membuatkan penggunaan dan objektif kewujudan teknologi itu sendiri mendatangkan kesan sama ada baik atau buruk.

    ReplyDelete
  9. bagi saya, kita semua boleh dikatakan 80% bergantung kepada teknologi untuk memudahkan sesuatu urusan itu berjalan dengan lancar dan cepat. Seperti mana yang kita tahu teknologi itu sendiri dicipta oleh manusia untuk kepentingan mereka sendiri. Siapa pandu siapa di atas merujuk kepada manusai dan teknologi, jelaslah bahawa manusia dan teknologi saling bergantungan.

    ReplyDelete