Tuesday, March 17, 2015

Globalisasi dan media baru. Yang manakah berkembang terlebih dahulu?

Apakah itu media baru? Persoalan ini sering bermain difikiran kita semua. Media baru merupakan sebuah media yang sering dikaitkan dengan teknologi komunikasi. Menurut Socha dan Eber-Schmid (2012), media baru tidak tergolong dalam kumpulan televisyen, filem, buku mahupun majalah, tetapi media baru ini merupakan teknologi yang memberikan interaksi komunikasi kepada pengguna. Selain daripada itu, Lister, Dovey, Gidding, Goant, dan Kelly (2009) menyatakan bahawa media baru ini melibatkan perubahan yang besar dalam media produksi, penyebaran dan penggunaan dalam pertambahan mutu kualiti. Manakala pendapat kami sendiri ialah media baru sering dikaitkan dengan penggunaan internet yang merupakan elemen utama dalam social network. Hal ini demikian kerana setiap perkembangan media yang berlaku bermula dari pengaksesan internet. Antara ciri-ciri media baru ialah terdapat hubungan komunikasi dua hala dan juga terdapat di mana jua. Seterusnya ialah antara jenis-jenis media baru ialah komunikasi jarak jauh seperti Facebook dan media online.

Seterusnya ialah globalisasi. Globalisasi bermaksud satu keadaan yang menjadikan dunia semakin kecil tanpa sekatan, terutama dari segi perhubungan antara manusia kerana berlakunya kepantasan dalam perkembangan teknologi maklumat. Kepelbagaian maklumat dapat disalurkan melalui kepelbagaian medium seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Kesan daripada globalisasi ini telah menyebabkan peningkatan dan merapatkan hubungan antara manusia dari seluruh pelusuk dunia.

Kesimpulannya di sini ialah, dengan adanya era globalisasi maka perkembangan media baru juga terhasil. Hal ini kerana dengan terjadinya globalisasi dalam sesebuah negara tersebut, maka kemajuan yang lain juga akan berlaku. Globalisasi berlaku disebabkan oleh perkembangan maklumat kepada pengguna yang membawa mereka mengenali apa itu media baru.






Rujukan:
Lister, M., Dovey, J., Giddings, S., Grant, I. & Kelly, K. (2009). New media: a critical                     introduction. New York: Taylor & Francis e-Library.
Socha, B. & Eber-Schmid, B. (2012). New Media Institute. What is new media? Defining new media isn’t easy. Retrieved from http://www.newmedia.org/what-is-new-media.html.
Gambar diambil dari google images https://www.google.com.my

8 comments:

  1. Sememangnya kemunculan new media ini sedikit sebanyak mempengaruhi taraf kehidupan masyarakat. Ada diantara pengguna new media ini menjadikan hal sebegini sebagai satu keperluan dalam hidup mereka. Kemajuan tersebut setanding dengan pemikiran manusia masa kini. Pelbagai trend yang dialami oleh pengguna melalui new media. Sebagai contoh, pelbagai isu politik yang diviralkan di laman-laman sosial untuk tontonan, kritikan mahupun sokongan daripada pihak lain.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya perkembangan globalisasi dan media baru ini berlaku seiring. Hal ini kerana teknologi ini merupakan keperluan utama kepada pengguna pada masa kini untuk mencapai kemajuan.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan Filza Hana. Media baru dan globalisasi berkembang seiring dan saling bergantungan. Media baru masa kini wujud disebabkan oleh perkembangan globalisasi yang pesat dan begitu juga debaliknya apabila globalisasi juga berlaku disebabkan oleh kesan daripada kewujudan media baru. Kedua dua perkembangan yang berlaku ini menjadikan dunia kini tanpa sepadan

    ReplyDelete
  4. Globalisasi dan media baru yang semakin berkembang dan menjadikan dunia tanpa sempadan membuatkan manusia semakin bijak menggunakan teknologi yang serba canggih malahan media baru yang wujud menyebabkan manusia semakin mudah untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan adanya media baru, manusia akan lebih mudah untuk mendapatkan sembarang maklumat dengan sepantas kilat dan ini sudah tentu globalisasi berlaku kerana menjadikan manusia berkomunikasi tanpa sempadan.

    ReplyDelete
  5. perkembangn globalisasi memerlukan media baru untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat. Hal ini wujud disebabkan masyarakat menggunakan teknologi untuk pelbagai rangkaian. ia berkembangan membuatkan manusia semakin bijak dan komunikasi berlaku secara berluasan.

    ReplyDelete
  6. Globalisasi? sememangnya dunia sekarang tiada sempadan. Untuk mengetahui maklumat dari negara-negara lain hanya menunggu beberapa minit sahaja dan maklumat boleh diperolehi. Punca semua ini ialah teknologi yang canggih dan semakin berkembang. Tidak hairanlah setiap masa kebanyakan barang-barang mempunyai fungsi yang baru dan canggih. Kebanyakkan ialah teknologi yang berasaskan komunikasi semakin pesat berkembang dan menyebabkan jurang untuk berkomunikasi amatlah mudah.

    ReplyDelete
  7. Teknologi adalah memudahkan, menjimatkan dan memuaskan. hal ini kerana dengan adanya teknologi seperti media baru ini akan memudahkan pengguna untuk memperolehi maklumat, menjimatkan masa mereka dan memuaskan kehendak mereka kerana dapat pelbagai maklumat yang mereka cari untuk diri sendiri dan juga kepada orang lain.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, media baru dan globalisasi berkembang secara seiring dimana, perkembangan globalisasi akan membuatkan media baru terhasil. Kemajuan sesebuah negara terletak pada perkembangan globalisasi dan teknologi.

    ReplyDelete