Monday, March 30, 2015

10 bukti generasi muda ketagih teknologi

Artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. :)

Satu artikel yang menarik dijumpai dalam laman sesawang new.mylaunchpad.com.my yang boleh dikongsi bersama mengikut isu yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Artikel ini menarik bagi saya kerana dia menggunakan pendekatan penggunaan gambar yang menarik dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Penulis artikel ini iaitu Shamil Hizamie telah menyenaraikan sebanyak 10 bukti bahawa generasi muda sekarang ketagih dengan teknologi.

Saya menyokong pendapat beliau dalam menyatakan bahawa generasi muda sekarang jika diberi pilihan antara internet dengan air, mereka akan memilih internet. Hal ini merupakan bukti yang amat kukuh dibuat kerana air merupakan salah satu elemen yang terpenting kepada manusia dan hidupan lain untuk meneruskan hidup. Tetapi berbeza dengan mereka yang lebih memilih internet daripada keperluan wajib untuk hidup. Hal ini dapat disimpulkan bahawa generasi muda tidak boleh hidup tanpa internet.

Gambar menunjukkan bahawa generasi muda kini ramai yang memilih haluan kepada sumber internet.

Seterusnya ialah teknologi juga mampu mengubah cara komunikasi generasi muda. Keadaan ini akan memberi kesan kepada mereka untuk menjadi golongan yang anti-sosial. Saya juga bersetuju dengan pendapat tersebut kerana ke mana sahaja mereka pergi, gadget sentiasa berada di sisi mereka. Walaupun masa tersebut merupakan perjumpaan bersama-sama rakan, tetapi mereka menggunakan masa tersebut untuk bermain telefon pintar masing-masing. Contoh yang digunakan amat menarik kerana situasi tersebut melibatkan perbualan antara seorang anak dan bapa.

Untuk pembacaan yang lebih lanjut, anda boleh melayari laman sesawang seperti yang tertera di bawah :)

http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle/offbeat/article/articleid/658617/10-bukti-generasi-muda-ketagih-teknologi

6 comments:

  1. Saya amat setuju dengan keterangan artikel di atas bahawa internet telah menguasai jiwa manusia pada masa kini dan menjadi pilihan yang penting dengan sanggup menolak keperluan harian lain seperti air. Kecanggihan teknologi menyebabkan menusia lupa adat-adat resam dahulu kala, wujudnya pelbagai budaya disebabkan teknologi menyebabkan banyak berlaku perkara yang negatif seperti rogol dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Teknologi dan generasi muda tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana generasi muda sekarang menganggap teknologi sangat penting di dalam diri mereka. Jika seseorang itu tidak tahu menggunakan teknologi pada masa kini ia dianggap lapuk dan tidak mengikuti perkembangan semasa. Akan tetapi sesetengah golongan muda menggunakan teknologi dengan perkara negatif hingga memudaratkan diri dan juga orang lain.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetju dengan perbincangan artikel tersebut dimana manusia dan internet pada masa kini memang sukar dipisahkan. Taknologi masa kini banyak mengubah kehidupan sosial masyarakat terutamanya generasi muda yang terlalu taksub dengan penggunaan internet. Mereka tidak boleh berlenggang dengan kemudahan-kemudahan teknologi yang semakin canggih apatah lagi dengan internet yang boleh diakses dimana-mana sahaja kita berada. Oleh itu, sekiranya hal ini tidak dapat dikawal oleh dengan baik, ia akan memberi banyak kesan negatif kepada individu tersebut

    ReplyDelete
  4. Ayat yang paling sesuai dengan situasi generasi pada masa sekarang ialah teknologi merupakan nyawa mereka. Teknologi dan generasi muda berpisah tiada. Hal ini kerana, pada usia awal kanak-kanak lagi mereka telah didedahkan dengan penggunaan teknologi. Alasan ibu bapa adalah agar anak-anak mereka nanti menjadi golongan yang celik IT. Pendedahan awal yang dilakukan akan memberikan kesan positif dan negatif kepada anak-anak mereka kelak. Pendedahan yang dilakukan juga perlulah mempunyai had agar anak-anak mereka tidak terlalu taksub dengan teknologi, seperti yang berlaku pada zaman sekarang.

    ReplyDelete
  5. Perpatah dahulu berkata " umpama aur dan tebing" tetapi berbeza pada masa sekarang " umpama internet dan manusia" tidak boleh dipisahkan. Manusia pada sekarang bergantung kepada internet untuk kehidupan seharian mereka. Walau melakukan kerja di rumah seperti memasak, mereka inginkan resepi baru untuk dilakukan maka internet menjadi medium mereka untuk mencari maklumat. Selain itu, pada masa sekarang, masyarakat mempunyai kemahiran dalam tekonologi sekarang. Tidak hairanlah bahawa anak-anak pada masa sekarang pun mahir melayari internet dengan cekap.

    ReplyDelete
  6. Saya bersetuju dengan keterangan artikel diatas. Tidak dapat dinafikan internet telah menguasai jiwa remaja dan orng ramai pada masa kini. Mereka menganggap teknologi adalah sangat penting dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete