Monday, March 30, 2015

10 bukti generasi muda ketagih teknologi

Artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. :)

Satu artikel yang menarik dijumpai dalam laman sesawang new.mylaunchpad.com.my yang boleh dikongsi bersama mengikut isu yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Artikel ini menarik bagi saya kerana dia menggunakan pendekatan penggunaan gambar yang menarik dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Penulis artikel ini iaitu Shamil Hizamie telah menyenaraikan sebanyak 10 bukti bahawa generasi muda sekarang ketagih dengan teknologi.

Saya menyokong pendapat beliau dalam menyatakan bahawa generasi muda sekarang jika diberi pilihan antara internet dengan air, mereka akan memilih internet. Hal ini merupakan bukti yang amat kukuh dibuat kerana air merupakan salah satu elemen yang terpenting kepada manusia dan hidupan lain untuk meneruskan hidup. Tetapi berbeza dengan mereka yang lebih memilih internet daripada keperluan wajib untuk hidup. Hal ini dapat disimpulkan bahawa generasi muda tidak boleh hidup tanpa internet.

Gambar menunjukkan bahawa generasi muda kini ramai yang memilih haluan kepada sumber internet.

Seterusnya ialah teknologi juga mampu mengubah cara komunikasi generasi muda. Keadaan ini akan memberi kesan kepada mereka untuk menjadi golongan yang anti-sosial. Saya juga bersetuju dengan pendapat tersebut kerana ke mana sahaja mereka pergi, gadget sentiasa berada di sisi mereka. Walaupun masa tersebut merupakan perjumpaan bersama-sama rakan, tetapi mereka menggunakan masa tersebut untuk bermain telefon pintar masing-masing. Contoh yang digunakan amat menarik kerana situasi tersebut melibatkan perbualan antara seorang anak dan bapa.

Untuk pembacaan yang lebih lanjut, anda boleh melayari laman sesawang seperti yang tertera di bawah :)

http://news.mylaunchpad.com.my/lifestyle/offbeat/article/articleid/658617/10-bukti-generasi-muda-ketagih-teknologi

Thursday, March 26, 2015

Media Baru atau Kewartawanan..

Internet atau kewartawanan warta?
            Sebagaimana yang kita semua ketahui teknologi yang canggih pada dewasa kini telah mempengaruhi kewujudan media baru dan pembaharuan dalam dunia kewartawanan, permulaannya kewartawanan memulakan kehidupan sebagai sebuah perniagaan. Internet dan kewartawaan pada hari ini tidak saling bergantungan, hal ini kerana masyarkat tidak perlu lagi kewartawanan sebagai orang tengah mereka dalam sesuatu peristiwa. Jelaslah mereka lebih mementingkan kewujudan internet berbanding kewartawanan. Menurut dalam buku Chamil Wariya 2012, aliran maklumat menerusi internet sudah semakin berkembang dan telah mengubah corak aliran penghantaran dan pengaliran maklumat. Dari sudut persektif pengguna, berita dalam talian lebih cenderung kepada isu-isu kreadibiliti terutamanya apabila berita daripada blog atau lain-lain sumber. Bukan itu sahaja, media baru benar-benar berpegang kepada ethos kewartawanan yang  berpaksikan kepada kebenaran, ketetapan, objektif dan kesaksamaanm dalam laporan.

Kehadiran wartwan juga telah banyak mengubah tanggapan terhadap dunia kegiatan mengumpul, menerbit dan menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat. Sememangnya dunia kewartawan sungguh mencabar disebabkan terlalu banyak kecanggihan teknologi yang wujud disebabkan oleh media baru seperti internet. Media baru telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial dunia melalui citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas, serta mengetengahkan paripurna kemediaan yang lebih terbuka (openness) dan berkesan (effectiveness) melalui bentuk yang lebih bebas, mudah dan memiliki gravitas komunikasi secara plural berbanding media tradisi yang masih terkongkong.
 Media baru juga telah memberi kesan terhadap ekosistem industri berita, hal ini kerana internet telah didakwa menyebabkan berita daripada kewartawanan akhbar telah mengalami penurunan edaran naskah cetak, pengurangan pendapatan iklan dan penghijrahan pembaca ke berita online dalam talian. Internet telah memberi pengaruh yang besar kepada masyarkat untuk mendapatkan segala maklumat dan isu-isu yang berlaku disekeliling pada masa kini.
Kewartawanan  dikatakan sebagai fenomena baru dalam bidang kewartawanan dan mula  diteliti oleh para pengkaji baik dalam bidang ilmu komunikasi, politik, sosiologi, dan sebagainya. Pernah anda mendengar mengenai kewartawanan warga yang telah wujud di Malaysia walaupun agak kabur, bagaimana pun fakta yang menyatakan bahawa blogging merupakan batu asas kepada kemunculan wartawan warga adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan oleh ramai pihak. (Chew,2012). Di Malaysia impak wartawan warga mula menunjukkan taringnya sejak 2007. Bidang ini dipelopori dengan mendalam secara formal oleh portal berita Malaysiakini. Portal berita itu dengan kerjasama International Centre for Journalist di US telah memulakan program melatih masyarakat untuk menjadi wartawan warga dari kalangan penduduk negara ini.
Kesimpulan, antara media baru dan kewartawanan sememagnya mesti mempunyai hubungan yang rapat seiring dengan perkembangan globalisasi teknologi pada hari ini. Kewartawanan warga adalah kewartawanan di mana rakyat biasa mengambil inisiatif untuk melaporkan berita atau meluahkan pandangan tentang kejadian dalam masyarakat mereka.


Rujukan
Chamil Wariya, 2012, Kewartawanan dan Media Era Digital(isu-isu semasa), Malaysian Press   
                           Institute, Petaling jaya.
Chew C.S,  2012, Wartawan Warga di Malaysia. Temu bual, 18 September 2012.




Tuesday, March 24, 2015

Manusia hamba internet?????

Adakah internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang menyebabkan manusiamenjadi hamba internet? Ini adalah satu persoalan yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan manusia menjadi “pak turut” kepada internet. Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan,, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?
            Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang 'melayan sahabat' mereka ini. Sebagai contoh seseorang itu tidak dapat melayari internet selama sehari beliau akan menjadi gelisah seakan-akan menjadi seorang perokok yang kekurangan nikotin di dalam badan. Hal ini jelas menunjukkan kebanyakan masyarakat tidak bernafas jika terputus hubungan dengan internet.




Seseorang yang “gila” internet didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini  peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Sehubungan itu, silaturahim antara masyarakat, keluarga dan orang sekeliling akan terjejas akibat daripada impak internet. Contohnya, seseorang itu akan menghabiskan masa dengan melayari internet sehingga melupakan kehidupan yang normal dan aktiviti kemasyarakatan akan berkurangan terhadap diri seseorang itu.
Kesimpulanya, internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia internet, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Sebagai persoalannya apakah yang membuat anda terlalu taksub dengan penggunaan internet?

           






Punca peningkatan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat.

 Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas.
 Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli-belah memudahkan pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti  syarikat Celcom, Digi dan Maxis merupakan salah satu punca meningkatnya jumlah penggunaan internet. Dari semasa ke semasa harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. Justeru,kebanyakannya penduduk dibandar mahupun bukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses Internet ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.
 Peningkatan penggunaan internet juga berlaku dengan munculnya media sosial yang popular seperti instagram, twitter, Facebook dan lain-lain. Hal ini  menyebabkan masyarakat berlumba-lumba untuk mempunyai akaun sendiri untuk berkongsi pendapat, mencari rakan baru dan sebagainya. Tidak hairanlah seseorang itu mempunyai lebih dari satu akaun bagi melayari aplikasi-aplikasi ini. Sehubungan dengan itu, menjadi perkara biasa dalam masyarakat dalam penggunaan internet malah kanak-kanak yang berumur 7 tahun sudah memiliki akaun sendiri.
Selain itu peningkatan internet juga untuk mendapatkan kepuasan terutamanya melalui hiburan. Internet memudahkan pengakses untuk mencari lagu dan video untuk dimuat turun dengan hanya menekan butang carian (search) pengakses mendapatkan maklumat yang dinginkan. Selain itu,mereka juga dapat mendengar terus dari Internet secara aliran data tanpa memuat turun data tersebut.


Sebagai penutup wawancara ini, pada pendapat anda adakah internet menjadi sebahagian dari hidup anda? Mengapakah internet menjadi keperluan  di dalam hidup anda?





Wednesday, March 18, 2015

Komputer sebagai pengantara manusia?

Jurang antara manusia pada masa kini tidak lagi mempunyai sempadan. Mereka dengan mudah boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan hanya menggunakan segala aplikasi yang ada dilaman sosial sebagai penghubung antara satu sama lain. Computer mediated communication adalah komunikasi yang telah dimediakan oleh komputer dan telah berlaku sejak 50 tahun yang lalu. Komunikasi komputer pengantara(CMC) didefinisikan sebagai sebarang komunikasi yang berlaku antara dua atau lebih banyak individu dalam satu masa dengan menggunakan peranti elektronik yang berbeza. Ini bermakna komunikasi antara manusia tidak lagi mempunyai batas kerana dengan hanya menggunakan komputer atau peranti elektronik mereka akan sentiasa dapat berhubung antara satu sama lain.


Bagaimana kita berkomunikasi menggunakan CMC?
Terdapat dua jenis komunikasi yang berlaku dimana yang pertama iaitu komunikasi yang berlaku dalam masa yang sama dan serentak. Aplikasi dalam laman sosial seperti skype, facebook massenger, whatsapp adalah salah satu contoh komunikasi yang berlaku serentak dalam masa yang sama. Manakala yang kedua adalah komunikasi yang tidak berlaku dalam masa yang serentak. Sebagai contoh, Email dimana ia mengambil masa yang berbeza untuk membaca dan menjawab email tersebut. Komunikasi ini tidak berlaku serentak.

Kecanggihan teknologi masa kini sememangnya memberikan impak yang positif mahupun negatif. Hal ini kerana manusia sendiri yang mencipta segala kemudahan yang ada didunia. Komunikasi yang telah dimediakan oleh komputer ini banyak memberikan kesan kepada manusia. Antaranya, kesan positif yang terdapat apabila menggunakan komputer sebagai penghubung antara manusia, kita dengan mudah dapat menerima maklumat atau mencari maklumat yang di ingini. Dunia baru yang penuh dengan segala informasi tidak lagi membimbangkan manusia kerana perkongsian maklumat berlaku sejajar dengan kecanggihan teknologi pada masa kini. Walaubagaimanapun, manusia sering lupa dengan adanya kemudahan teknologi yang semakin canggih ini akan membuatkan seorang individu akan lebih menjauh antara satu sama lain. Sebagai contoh, komunikasi antara mereka hanya berlaku dalam alam maya dan ini akan mengakibatkan jurang komunikasi secara realiti akan mempunyai sempadan kerana leka dengan kemudahan yang sedia ada.

Sebagai konklusi, adakah kewujudan teknologi yang serba canggih ini akan lebih merapatkan jurang antara manusia atau sebaliknya? Mampukah manusia menyelesaikan semua perkara dengan hanya menggunakan komputer sebagai perantaraan mereka??



Tuesday, March 17, 2015

Globalisasi dan media baru. Yang manakah berkembang terlebih dahulu?

Apakah itu media baru? Persoalan ini sering bermain difikiran kita semua. Media baru merupakan sebuah media yang sering dikaitkan dengan teknologi komunikasi. Menurut Socha dan Eber-Schmid (2012), media baru tidak tergolong dalam kumpulan televisyen, filem, buku mahupun majalah, tetapi media baru ini merupakan teknologi yang memberikan interaksi komunikasi kepada pengguna. Selain daripada itu, Lister, Dovey, Gidding, Goant, dan Kelly (2009) menyatakan bahawa media baru ini melibatkan perubahan yang besar dalam media produksi, penyebaran dan penggunaan dalam pertambahan mutu kualiti. Manakala pendapat kami sendiri ialah media baru sering dikaitkan dengan penggunaan internet yang merupakan elemen utama dalam social network. Hal ini demikian kerana setiap perkembangan media yang berlaku bermula dari pengaksesan internet. Antara ciri-ciri media baru ialah terdapat hubungan komunikasi dua hala dan juga terdapat di mana jua. Seterusnya ialah antara jenis-jenis media baru ialah komunikasi jarak jauh seperti Facebook dan media online.

Seterusnya ialah globalisasi. Globalisasi bermaksud satu keadaan yang menjadikan dunia semakin kecil tanpa sekatan, terutama dari segi perhubungan antara manusia kerana berlakunya kepantasan dalam perkembangan teknologi maklumat. Kepelbagaian maklumat dapat disalurkan melalui kepelbagaian medium seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Kesan daripada globalisasi ini telah menyebabkan peningkatan dan merapatkan hubungan antara manusia dari seluruh pelusuk dunia.

Kesimpulannya di sini ialah, dengan adanya era globalisasi maka perkembangan media baru juga terhasil. Hal ini kerana dengan terjadinya globalisasi dalam sesebuah negara tersebut, maka kemajuan yang lain juga akan berlaku. Globalisasi berlaku disebabkan oleh perkembangan maklumat kepada pengguna yang membawa mereka mengenali apa itu media baru.






Rujukan:
Lister, M., Dovey, J., Giddings, S., Grant, I. & Kelly, K. (2009). New media: a critical                     introduction. New York: Taylor & Francis e-Library.
Socha, B. & Eber-Schmid, B. (2012). New Media Institute. What is new media? Defining new media isn’t easy. Retrieved from http://www.newmedia.org/what-is-new-media.html.
Gambar diambil dari google images https://www.google.com.my

Thursday, March 12, 2015

Bagaimana teknologi memberi kesan kepada masa depan manusia?

Sebagai manusia yang hidup dalam zaman era globalisasi ini, kita perlu sedar bahawa telah banyak berlaku transformasi dalam kehidupan kita. Transformasi ini berlaku seiring dengan kemajuan dan kecanggihan peralatan teknologi sehingga mampu mengubah pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi aspek pekerjaan, komunikasi, dan budaya.

Namun begitu, berdasarkan video tersebut, kita dapat simpulkan bahawa kecanggihan teknologi yang dicipta boleh memberikan banyak faedah dan kemudahan kepada manusia kerana dengan terciptanya kecanggihan teknologi kini, ia mampu mengurangkan beban kerja dan menjimatkan masa manusia.
Selain itu, kecanggihan teknologi kini juga boleh membantu manusia melakukan sesuatu perkara yang tidak tercapai atau tidak mampu untuk dilakukan. Hal ini menunjukkan bahawa, setiap kecanggihan yang dicipta mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing.

Walau bagaimanapun, manusia yang berperanan sebagai pengendali kecanggihan teknologi (pengguna) haruslah menggunakannya dengan baik dan tidak menyalahgunakan kecanggihan teknologi. Walaupun kecanggihan teknologi kini berkembang pesat dalam pelbagai bidang di dunia, namun terdapat juga kelemahan yang terselit dalam setiap kecanggihan tersebut yang boleh memberi impak kepada perkembangan teknologi dan kehidupan manusia. Persoalannya di sini, mengapakah masih ada manusia yang suka menyalahgunakan kemajuan teknologi ini untuk kepentingan diri mereka sendiri?


Sunday, March 8, 2015

SIAPA PANDU SIAPA?

Teknologi masa kini sememangnya mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Hampir 80% daripada kehidupan manusia masa kini dikelilingi dengan kecanggihan teknologi. Kecanggihan teknologi yang diciptakan juga banyak memberi faedah kepada kehidupan manusia. Ianya seolah-olah robot yang boleh membantu  untuk meringankan dan memudahkan kerja dalam kehidupan manusia. Namun begitu, persoalannya ialah siapa pandu siapa?

Persoalan "siapa pandu siapa?" di sini ialah bermaksud bagaimana manusia mengaplikasikan teknologi tertentu atau menggunakan kecanggihan teknologi yang tersedia ada dalam kehidupan mereka. Namun begitu, kita juga dapat melihat daripada segi fungsi teknologi itu sendiri yang boleh mempengaruhi dan memberi kesan sama ada kesan positif atau negatif dalam keseluruhan kehidupan manusia.

Sebagai contoh  kemajuan teknologi yang berkembang pesat dalam kehidupan manusia masa kini adalah seperti kecanggihan dalam bidang komunikasi,perubatan,pendidikan,kejuruteraan dan sebagainya. Kecanggihan teknologi dalam kesemua bidang ini membuatkan dunia yang pada  dasarnya sangat besar kini seolah-olah kelihatan begitu kecil bagi manusia yang hidup dalam zaman era kemodenan dan globalisasi ini.

Teknologi juga mampu menjimatkan masa kepada pengguna. Ramai yang mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka kerana ia lebih menjimatkan masa. Sebagai contoh dalam bidang komunikasi, pengguna hanya menggunakan Skype untuk menjalankan sesi komunikasi antara mereka. Kemudahan ini seumpama menjalinkan komunikasi dua hala kerana pengguna boleh berinteraksi secara bersemuka melalui alam maya. Kecanggihan terbaharu yang telah dijumpai ialah Skype yang boleh diterjemah dalam pelbagai bahasa. Hal ini memudahkan pengguna dari pelbagai bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Peratusan dalam penggunaan teknologi semakin tahun akan meningkat. Kita dapat melihat seperti dikebanyakan organisasi yang bersaing, mereka akan dinilai melalui inovasi dalam teknologi yang digunakan.

Menurut Robbin (1993), automasi organisasi adalah melalui perubahan teknologi yang telah menggantikan tenaga pekerja dengan mesin dan robot. Keadaan ini telah berlaku ketika Revolusi Industri dan perubahan ini telah berterusan sehingga ke saat ini dimana segala aktiviti keberlansungan hidup berdasarkan teknologi yang tercipta.

Teknologi sememangnya dicipta oleh manusia untuk kesenangan mereka. Namun hasil dari ledakan tersebut membuatkan manusia terlalu bergantung atau obses dengan teknologi dalam melakukan setiap aktiviti mereka. Tanpa teknologi, manusia tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan.

Secara tuntasnya, kita dapat melihat berdasarkan teknologi sekeliling kita dan dapat menentukan sendiri adakah manusia masa kini bergantung dengan teknologi sepenuhnya ataupun sebaliknya??


Rujukan:
Robbins, P. S. (1993). Organisatinal Behavior. US: Prentice Hall International Inc.