Tuesday, May 5, 2015

Senjata baru telah dicipta pada abad ini.

“Kita telah terkena peluru senjata baru”, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk dijelaskan terhadap media baru. Peluru ialah ideologi-ideologi dan sasaran ialah pengguna. Selalunya pengguna  mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan dan berita-berita mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama, bangsa, politik dan juga masyarakat sekeliling. Apabila terpampang di muka media baru,  seseorang individu itu percaya walaupun kita tidak tahu akan kesahihan yang sebenar. Media ini juga dijadikan rujukan oleh masyarakat sekarang untuk mendapatkan infomasi terkini.
            Dari segi agama, kita dapat lihat bahawa islam selalu dikaitkan dengan pengganas dan keganasan. Terpampang di dalam laman sosial dan laman sesawang mengenai keburukan agama islam dan  sesetengah laman di dalam media sosial menyebarkan berita-berita mengenai keburukkan agama islam sedangkan kita dapat tahu bahawa islam adalah agama keamanan dan mementingkan keharmonian dan sebagai contoh laman di dalam facebook ialah islam is terrorists. Mereka menyebarkan bahawa semua islam adalah pengganas kerana mereka mengaitkan kumpulan-kumpulan militan seperti ISIS, Taliban, Abu Sayyaf dan sebagainya. Semua ini ideologi sesetengah pihak untuk menjatuhkan agama islam kerana terlalu taksub kepada agenda tertentu. Masyarakat sekarang mula memandang buruk terhadap islam terutamanya negara barat yang menganggap agama islam mengajar erti keganasan. Perkara ini dikuatkan lagi dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu WTC telah dilanggar oleh kapal terbang yang dirampas oleh pejuang islam. Sejak itulah ideologi mengenai keburukan islam telah disebarkan.





            Selain itu, politik di seluruh dunia juga terancam kerana media baru ini. Media baru ini ialah senjata utama kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah negara tersebut. Medium ini digunakan memburukkan kerajaan dan juga mendedahkan perkara yang tidak disiarkan di media yang dikongkong oleh kerajaan seperti siaran televisyen, radio dan juga surat khabar. Ideologi ini berhasil kerana budaya media semakin berkembang selari dengan peredaran masa. Negara-negara yang jatuh akibat daripada media baru ini ialah Mesir, Libya, dan Thailand. Contoh-contoh sebegini sudah menunjukkan bahawa media baru ini adalah senjata tercanggih yang pernah dicipta kerana kita dapat melihat kesannya pada jangka masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama untuk melihat kesannya.


            Selain itu, masyarakat sekeliling juga tidak terkecuali menerima kesan daripada media baru ini. Antara kesan yang dapat dilihat ialah masyarakat sekarang kebanyakkan adalah mereka mudah mempercayai sesuatu berita yang berada di media baru seperti facebook, twitter, instagram, dan blog-blog. Sebagai contoh, teori konpirasi yang keluarkan oleh sesetengah individu untuk mengeruhkan lagi keadaan. Sebagai contoh teori konsiprasi MH 370, dan MH 17 yang tersebar melalui media baru dan teori ini seakan-akan benar dan sesetengah individu akan mempercayai teori ini walhal teori ini hanya direka oleh individu yang tidak dikenali.



Pada pendapat anda? Adakah anda terpengaruh dengan segala berita yang disebarkan oleh media baru?


                

8 comments:

  1. Pada pendapat saya, saya akan menkaji dahulu sesuatu berita atau maklumat yang disebarkan di media baru. saya sudah tahu bahawa tidak semua maklumat adalah sahih dan betul. Justeru saya memlih untuk mengkaji dahulu maklumat-maklumat sebelum mempercayainya.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya tidak semua berita ataupun maklumat yang dipaparkan melalui media baru itu tidak semuanya benar dan tidak semuanya salah, oleh itu untuk mendapat kesahihan sesuatu berita itu kita mestilah mengkaji berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai

    ReplyDelete
  3. Pertama sekali, merujuk perkara yang ditulis jelas sekali bahawa media baru mempunyai kesan yang negatif kepada orang lain. Sebaran ideologi untuk menjatuhkan islam sangat berleluasa pada masa sekarang. ada sahaja perkara yang ingin dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan islam dan juga membangkitkan umat islam. Jika orang ramai terus percaya tanpa membuat usul periksa ia akan memberi impak kepada penganut agama islam serta ramai orang akan memandang sinis. Di sini akan berlakunya pepecahan dan pergaduhan sehingga sesebuah negara akan menjadi huru-hara. Apabila di dalam politik, media baru adalah kelebihan kepada pihak pembangkang. hal ini kerana segala maklumat yang mereka perolehi akan diceritakan kepada rakyat melalui media baru seperti laman sosial dan juga blog. Jika mereka tidak menggunakan medium ini, segala info yang mereka ingin di perjelaskan akan menjadi terhad. Hal ini kerana segala media elektronik akan di kawal oleh pihak pemerintah. Pada pendapat saya, perkara-perkara dan informasi yang terdapat dalam media baru akan dipengaruhi oleh kesahihan maklumat yang diberi. Sebagai contoh, berita yang dikeluarkan oleh akhbar-akhbar online.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Jika dilihat dengan mata kasar, teknologi yang kian berkembang pesat dipelusuk dunia memberi pelbagai fungsi dan manfaat yang boleh digunakan oleh setiap individu mahupun masyarakat. Namun akibat daripada penyalahgunaan aplikasi tersebut telah menimbulkan kesan-kesan yang memudaratkan pelbagai pihak. Dalam konteks agama, semakin banyak laman sosial yang digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan agama lain terutama agama islam yang semakin ditentang pengaruh barat. Mereka menggunakan media baru sebagai bahan penyebaran fitnah dan sebagai ruang untuk menentang pejuang-pejuang islam. Seharusnya setiap individu atau masyarakat itu sendiri harus berwaspada dan bijak dalam sebarang penyebaran maklumat mengenai sesuatu isu yang berkaitan dengan agama agar tidak menimbulkan konflik antara penganut-penganut agama yang berbeza

    ReplyDelete
  6. Teknologi atau media baru pada masa kini, memudahkan dan menyusahkan kita tanpa kita sedari. Terdapat banyak kesan buruk dan baik daripada media baru ini.

    Pada pandangan saya, saya tidak akan mudah terpengaruh dengan segala berita yang disebarkan melalui media baru seperti facebook, blog mahupun twitter. Terdapat pelbagai jenis tulisan dan pandangan yang dibuat oleh keyboard-keyboard worrior mengenai sesuatu isu yang melanda negara ataupun dunia pada masa kini. Berita berita yang disebarkan perlu di sahkan melalui pihak-pihak yang tertentu atau pihak berkuasa. Akan tetapi, terdapat sesetengah media baru contohnya suratkhabar online juga tidak boleh dipercayai 100%.

    Bagi saya, selepas membaca atau menerima sesuatu berita daripada internet, kita seharusnya menyiasat atau menunggu atau tidak membuat sebarang komen atau menyebarkan berita itu sebelum mendapat pengesahan daripada pihak-pihak yang tertentu supaya tidak berlaku penyebaran rumors yang tidak betul.

    ReplyDelete
  7. Kemunculan media baru pada zaman sekarang memberikan kesan positif dan negatif kepada pengguna. Terpulang kepada pengguna tersebut untuk menggunakannya secara berhemah atau tidak.
    Setiap maklumat yang dipaparkan melalui media baru ini tidak kesemuanya betul, kadang-kadang terdapat sesetengah pihak menggunakan media baru ini untuk menyebarkan maklumat palsu demi kepentingan peribadi dan juga kepentingan politik. Seperti yang kita lihat sekarang, terdapat banyak kekeliruan yang timbul dalam dunia politik disebabkan oleh peranan mengamal media baru dalam menyampaikan maklumat yang tidak benar.
    Selain daripada itu, masyarakat barat telah memanfaatkan penggunaan media baru ini sehabis mungkin untuk kemajuan negara mereka.
    Oleh itu, sebagai pengguna, kita harus bijak menggunakan media baru yang diperkenalkan ini dan juga mampu untuk mengawal penggunaannya dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif.

    ReplyDelete
  8. Kepesatan dalam perkembangan media baru kini memberi kesan kepada individu,masyarakat, dan negara. Kesannya dapat dilihat melalui penyebaran maklumat melalui media baru kini. Namun begitu, sebagai pengguna media baru, kita hendaklah bijak membezakan maklumat yang sahih dan bukan sahih

    ReplyDelete