Sunday, May 10, 2015

Dulu vs Kini



Vlog yang memaparkan beberapa situasi yang membezakan zaman dimana teknologi masih ditakat yang bawah dan zaman dimana teknologi semakin canggih.

Happy watching guys:)

8 comments:

  1. Saya bersetuju dengan apa yang disampaikan melalui video log ini.Inilah hakikatnya yang terjadi pada zaman sekarang apabila teknologi menguasai manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi dapat memudahkan kerja-kerja kita tetapi bergantung juga kepada penggunanya.Sungguhpun begitu, ketagihan penggunaan teknologi telah menjadikan manusia individualistik dan anti sosial.

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju dengan paparan yang ditunjukkan. Sekarang amat mudah untuk berkomunikasi, mencari maklumat dan juga menghiburkan diri, Di dalam video ini menunjukkan komunikasi antara manusia, pada dulunya menulis surat dan juga mengunakan perantara untuk mengantar sesuatu maklumat, tetapi kini hanya mengunakan telefon bimbit sahaja, semua komunikasi boleh dihantar. Semua ini akibat daripada media baru

    ReplyDelete
  3. teknologi amat memudahkan kita untuk melakukan apa sahaja untuk keperluan hidup. Di dalam video log ini menunjukkan bahawa teknologi merapatkan lagi jurang antara manusia. hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa teknologi amat berperanan penting kepada kita untuk berinteraksi dengan orang lain. Selain itu, teknologi amat memudahkan kita untuk mencari maklumat di dalam pembelajaran mahupun untuk sampingan.

    ReplyDelete
  4. Vlog yang dibuat dalam bentuk perbandingan ini amat mudah di fahami maksudnya terutama untuk santapan umum generasi Y. Dapat dilihat bahawa teknologi yang semakin canggih dan lahirnya media baru membuatkan masyarakat atau individu tidak dapat dipisahkan. Zaman dahulu dan kini sangat berbeza dari segi berkomunikasi mahupun pengumpulan maklumat. Namun begitu, kemunculan media baru bukan hanya memberi banyak manfaat kepada pengguna namun akan memberi kesan negatif sekiranya tidak dikawal sebaik mungkin. Sebagai contoh, melalui paparan video tersebut dapat dilihat bahawa setiap individu terlalu taksub dengan penggunaan gajet yang serba canggih. Ini akan menyebabkan jurang komunikasi antara individu semakin renggang di alam realiti kerana sibuk melayan aplikasi-aplikasi yang mudah diakses dalam laman sesawang.

    ReplyDelete
  5. Paparan yang ditunjukkan dalam vlog ini amat menggambarkan situasi yang terjadi pada kita mengikut peredaran zaman dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan perubahan teknologi memudahkan pengguna.

    Jika dilihat, teknologi pada masa kini amat menyenangkan kita dengan hanya perlu klik untuk mendapatkan sebarang maklumat. Maklumat dihujung jari. Akan tetapi, teknologi jugak membuatkan komunikasi dengan kenalan rapat semakin jauh. Kegilaan gadget dan internet membuatkan hubungan semakin jauh.

    Oleh itu, kita seharusnya bijak dalam mengunakan teknologi supaya kita tidak terlalu mengejar teknologi dan mengagungkan teknologi sehingga kita kehilangan masa bersama kenalan dan keluarga.

    ReplyDelete
  6. penceritaan dalam sudutan vlog tersebut sememangnya menggambarkkan masyarakat zaman kini. Kita dapat melihat daripada sudut positif dan juga negatif. Ada diantara kita yang duduk berjam-jam lamanya bersama kawan tapi tidak mengadakan hubungan komunikasi yang baik tetapi sebaliknya. Mereka akan berbual dalam jangka masa yang sangat pendek dan selebihnya bersama gadget masing-masing. Peningkatan kecanggihan teknologi juga turut membantu dalam meringankan beban pengguna untuk mencari maklumat. Oleh itu, untuk melihat penggunaan itu kearah yang positif atau negatif semuanya bergantung kepada individu.

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan apa yang telah dipaparkan dalam video ini. Video ini mempunyai banyak bersamaan dengan realiti yang berlaku pada masa sekarang. Pada zaman dahulu penggunaan gadget tidaklah terlalu meluas, secara tidak langsung ikatan sosial antara mereka amat kuat. Tidak seperti yang berlaku pada masa kini yang terlalu mengangungkan media baru tersebut sehingga boleh mengurangkan ikatan kemasyarakatan dalam diri mereka. Tanpa media baru ini, mereka merasakan hidup tidak lengkap kerana mereka telah mengalami ketagihan yang melampau terhadap media ini.

    ReplyDelete
  8. Sudutan yang terdapat dalam vlog ini sememangnya menggambarkan keadaan yang berlaku ketika ini. Kecanggihan teknologi memberi satu impak yang besar kepada masyarakat masa kini. Jika dibandingkan dengan zaman sebelum adanya gadget-gadget yang canggih ini, hubungan sesama masyarakat atau individu lain seperti adik beradik, tetapi bermulanya kemunculan gadget-gadget yang canggih hubungan yang mulanya rapat seakan goyah akibat adanya teknologi tersebut. Kalau dahulu mereka akan berkongsi cerita secara bersemuka tetapi kini mereka banyak meluahkan di media-media sosial. Tidak dinafikan ada juga sudut positifnya. Sebagai contoh, pencarian maklumat kini hanya berada dihujung jari pengguna atau masyarakat.

    ReplyDelete