Untuk membina sebuah blog yang best haruslah mengikut niche-niche yang popular bagi
rakyat Malaysia. Contoh niche yang popular adalah seperti blog gossip dan
hiburan, blog politik, blog review produk, blog berita dan tak kurang juga blog
peribadi.
Antara ciri-ciri sebuah blog
yang bagus dan menarik haruslah mendapat
trafik yang tinggi setiap hari secara konsisten dan juga mendapat rank yang
baik di search engine khususnya di Google.
Terdapat
beberapa sebab dalam menulis blog, antaranya adalah :
Untuk Menyatakan Pemikiran dan Pendapat
Bagi
yang mempunyai sesuatu untuk dikatakan, blog menyediakan tempat untuk
mengatakannya dan didengar orang ramai.
Mempromosikan Produk & Perkhidmatan
Blogging
adalah cara yang baik untuk memasarkan atau mempromosikan diri. Ruang ini boleh
digunakan untuk memperkenalkan perniagaan, produk atau perkhidmatan kepada
pelanggan dengan berkesan.
Membantu orang lain
Dengan
berkongsikan cerita tentang sesuatu pengalaman yang telah lalui, seseorang itu
boleh membantu orang lain yang bakal atau sedang melalui situasi yang sama.
Tidak hairan la hari ini banyak blog yang berkaitan keibu-bapaan, kesihatan,
kesihatan dan rujukan umum mendapat sambutan.
Membuktikkan
Kepakaran
Blog adalah alat yang
hebat untuk membantu blogger menonjolkan diri mereka sebagai pakar dalam bidang
atau topik.
Sebagai contoh, jika seseorang cuba untuk mendapatkan pekerjaan
dalam bidang tertentu atau berharap untuk menerbitkan sebuah buku tentang tajuk
tertentu, blog boleh membantu membuktikkan kepakaran mereka dan mewar-warkan
kewujudan mereka dalam bidang tersebut.
Buat Duit Dengan Blog
Tidak sedikit blogger yang membuat
duit dari blog. Dengan kerja keras dan komitmen yang tinggi, blog
berpotensi untuk menjana pendapatan. Hari ini suda banyak blogger (terutama
otai-otai) yang menghasilkan pendapatan dari blog mereka. Kuncinya ialah dengan
kesabaran dan tindakan. Ada yang membuat duit melalui pengiklanan,aktiviti
affiliates dan review produk di blog mereka.
*sumber
dari http://www.suhiminain.com/menulis-blog/
Pendapat Penulis*
Blog
yang paling mendapat perhatian saya adalah blog yang memberi informasi, pengetahuan,
berkongsi tips-tips yang berguna dan menarik. Penekanan yang akan di review
pada entri ini adalah berkaitan dengan blog yang diminati dan mempunyai
follower yang ramai. Sedari awal mengenali blog, saya telah lama mengikuti blog
penulisan HanisZalikha dan PetiSuaraku (obviously blog ini berkaitan perempuan).
Blog
penulisan HanisZalikha memenuhi ciri-ciri niche yang dikatakan diatas kecuali
politik. Blog penulisan HZ banyak member informasi mengenai penjagaan kesihatan,
kecantikan dan tips-tips yang berguna, antaranya seperti persediaan untuk
mendaki Gunung Kinabalu. Secara tidak langsung, bagi sesiapa yang tidak
mempunyai pengalaman mendaki gunung atau freshie dalam bidang ini dapat membuat
rujukan atau mendapat info mengenai perkara tersebut melalui blog ini. Tambahan
lagi, tips yang diberikan adalah sesuai kepada rakyat Malaysia.
Begitu
juga dengan blog Petisuaraku. Ianya lebih berkisar mengenai kehidupan. Penulisan
mengenai bagaimana untuk membantu diri dan memajukan diri. Apabila membaca blog
ini, saya mendapat ilmu atau info yang dapat membantu saya dalam kehidupan.
Blog-blog
ini sangat memberi inpirasi dan berkongsi info yang berguna untuk semua.
*Sila beri pendapat anda mengenai blog yang disukai.


Pada pendsapat saya, saya suka blog yang page cerita iaitu saya suka membuka page blog BUKAN CINCAI, page blog ini tidak pernah mengecewakan saya kerana apa yang dimuatkan adalah mengikut apa yang saya inginkan. Selain itu juga, blog yang lain juga menyediakan apa yang kita cari untuk dijadikan rujukkan yang baik, kadang kala ia boleh dijadikan rujukkan untuk tugasan saya.
ReplyDeleteSaya mengemari blog yang banyak membuatkan saya gelak ketawa dan blog yang memberi informasi kepada saya. Saya juga mengikuti blog KekNis yang banyak memberi informasi, tips-tips kecantikan dan menolong saya dalam membuat sesuatu keputusan dalam memilih sesuatu. Contohnya pemilihan vitamin untuk kesihatan.
ReplyDeleteSaya juga membaca blog Maria Elena yang juga berkongsi mengenai perkara berkaitan kehidupan, agama dan fesyen.
Pada dasarnya saya bukanlah seorang penggemar pembaca blog. Hal ini kerana saya lebih suka membaca maklumat yang bukan ditulis melalui blog. Tetapi sekiranya saya seorang kaki 'blogger' saya lebih suka untuk membaca dan mengikuti blog yang berkaitan dengan perkongsian maklumat. Hal ini kerana info yang dikongsi daripada penulis blog boleh dijadikan ilmu yang baru kepada saya
ReplyDeleteSaya lebih suka membaca blog yang bersifat hiburan kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri saya. Melalui blog tersebut juga saya boleh melihat pelbagai jenis komen-komen yang ditulis dalam ruangan komen sebagai pendapat masing-masing. Dengan itu, saya akan lebih rasa terhibur dan akan melupakan masalah yang saya hadapi.
ReplyDeleteBlog adalah salah satu sumber maklumat kepada masyarakat dunia. Terdapat pelbagai maklumat yang dikongsikan di dalam.Saya lebih mengemari blog yang berkaitan dengan politik dan keagamaan. Bukan semua blog yang berkaitan dengan keagamaan dan politik yang saya kunjungi. Hanya blog yang mempunyai kesahihan maklumat sahaja yang saya selalu kunjungi
ReplyDeleteBlog merupakan salah satu medium untuk memberikan maklumat dan juga menberi pendapat. Keistimewaan blog ini ialah penulisannya tidak perlu formal dan terlalu berilmu. Ini menyebabkan blog menjadi pilihan kepada semua orang. Pelbagai sudut boleh dilihat di dalam blog-blog termasuk dari segi politik, ekonomi dan sosial dan tidak hairanlah bahawa di laman blog ini menjadi bualan hangat dan menjadi pedebatan hangat oleh segelintir individu. Blog ini juga boleh dijadikan medium untuk menyebarkan fitnah kepada sesorang individu yang berpengaruh. Sebagai contoh ialah blog Papagomo yang menfitnah Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan mengaitkan DSAI dengan skandal seks dan menyebabkan isu ini menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan, Justeru, kepada peminat-peminat blog harus pandai menilai kesahihan blog-blog supaya tidak terpesong dengan isu-isu yang disebarkan.
ReplyDeletePada pendapat saya, saya lebih gemar membaca blog yang berbentuk hiburan dan terdapat isu semasa yang dibincangkan. Antara blog yang selalu yang kunjungi ialah blog Pena Merah. Blog ini sentiasa memberi maklumat mengenai artis-artis Malaysia mahupun luar negara dan juga isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan.
ReplyDeleteTerima Kasih kerana sudi merujuk blog saya dan tinggalkan kredit. :)
ReplyDelete