Antara
situasi yang dapat memperlihat bentuk permainan zaman dahulu dan zaman
sekarang:
1.
- Dahulu: Permainan anak kecil
kebiasaannya bermain kejar-kejar, ular tangga, gasing (beyblade), batu
seremban dan main lumpur di sawah.
- Sekarang: Permainan anak kecil kini Playstation, Xbox, komputer,smartphone dan gadget lainnya.
2. - Dahulu: Anak sekolah rendah akan membawa Tamagochi dan Gameboy.
- Sekarang: Anak sekolah rendah kini membawa smartphone dan Playstation Portable (PSP).
- Sekarang: Permainan anak kecil kini Playstation, Xbox, komputer,smartphone dan gadget lainnya.
2. - Dahulu: Anak sekolah rendah akan membawa Tamagochi dan Gameboy.
- Sekarang: Anak sekolah rendah kini membawa smartphone dan Playstation Portable (PSP).
Masih
ingatkah kamu apabila pertama kali game online diperkenalkan dinegara Malaysia?
Pada ketika itu, istilah game online
bukanlah suatu hal yang umum seperti yang kita kenal sekarang. Dimana saat ini,
hampir sebahagian besar orang sudah tahu dengan istilah game online. Pada zaman dahulu, boleh dikatakan game online adalah sesuatu yang
eksklusif, yang hanya dapat dinikmati oleh kalangan atasan saja. Selain itu, game online ketika itu juga tergolong dalam
istilah yang kurang popular. Hal ini demikian kerana, masyarakat masih lebih
memilih untuk bermain di konsol.
Kembali
ke tahun 2015, dimana saat ini game
online seakan menjadi hal yang biasa. Masyarakat sudah memahami istilah game online dan telah menjadi trend bagi gamers-gamers yang ada di Malaysia. Semuanya bermain games secara online, meski itu hanya sekadar game di Facebook.
Jumlah
game online terus bertambah dari tahun ke tahun. Berbeza dengan dahulunya yang
masih boleh dihitung dengan jari dan kini di Malaysia telah hadir pelbagai
jenis aplikasi game. Bermula dari
Ragnarok sehingga ke Dragon Nest, Counter-Strike ke Point Blank, bahkan game
server global sekelas ArcheAge
dan yang paling popular sekarang adalah Clash of Clan (C.O.C). Namun
apakah kalian tahu, bertambahnya game
baru di Malaysia secara tidak langsung juga telah mengubah pola bermain gamer dinegara ini.
Candy Crash Saga
Dragon Nest
Second Life
Clash of Clan
Permainan
C.O.C seakan sejenis ubat yang boleh menyebabkan ketagihan
(perkongsian daripada
salah seorang pemain tegar C.O.C)
Kalau sebut permainan online Clash
Of Clan, pasti ramai jejaka-jejaka hensem sekarang ni yang memiliki telefon
pintar bermain permainan ni. Tidak terkecuali aku juga baru berkenalan
geli-geli je dengan Clash Of Clan ni. Bukan tujuan membuang masa abaikan
kerja atau tanggungjawab yang ada. Cuma cara seseorang untuk hilangkan stress
kerja berbagai cara. Bermain permainan online dah jadi perkara biasa waktu ni.
Pantang dapat masa terluang, mesti telefon pintar yang dibuka dulu dan tengok
berapa banyak duit emas yang masuk.
Tidak hairan kalau budak-budak
umur bawah 12 tahun bermain Clash Of Clan ni. Tapi menjadi satu perkara pelik
kalau kita ternampak seorang lelaki dewasa, bercermin mata tebal, rambut
beruban penuh, duduk senyap depan meja mengadap telefon sedang upgrade istana
yang ada. hehehe. Jangan tak percaya, perkara ini berlaku depan mata aku
sendiri. Mungkin pangkat datuk bercucu seorng kot. Betapa kuatnya pengaruh
permainan Clash Of Clan ni sampaikan orang tua pun pandai main.
Kepuasan
apabila bermain permainan video (video
game) apabila pemain dikehendaki menyelesaikan misi atau tugas yang
diberikan. Seseorang itu akan “Berjaya” apabila mereka terus bermain bagi
menyelesaikan misi yang telah
diprogramkan. Contohnya, dalam permainan video clash of clan (C.O.C), pemain diberi untuk menjaga kawasan yang diberikan.
Bagi menguatkan kawasan tersebut, pemain harus menambah baik barangan yang ada
terutama dari segi senjata atau permainan. Pemain akan mula mencari load untuk
menambahbaik barangan, lama kelamaan seseorang itu menjadi ketagih untuk
mencari load yang disediakan dan
menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk mencari load dan menjadi tabiat kepada
pemainan video terbabit.
Secara
keseluruhannya, C.O.C ini adalah satu game
online yang membuatkan kita belajar menyusun strategi dan yang paling
penting sekali adalah permainan sebegini membuktikan bahawa teknologi yang ada
ketika ini semakin maju. Bukan itu sahaja, segala aplikasi yang digunakan
menjadikan sesuatu permainan tersebut lebih menarik.




Saya bersetuju bahawa games dapat menjadi ubat dalam menghadapi sesuatu tekanan atau rasa bosan. Saya bukanlah pengemar COC tp saya pengemar game Zombie. Permainan Zombie juga mengajar saya untuk merancang strategi dan melindungi kubu besar dari dimasuki Zombie dan mengambil otak. Bukan itu sahaja, sedari kecil lagi saya bermain games. Antara games yang saya pernah main adalah Super Mario.
ReplyDeleteHidup akan bosan tanpa games.
Bagi pendapat saya games boleh dikatogerikan sebagai suatu perkara yang membazir masa, pada seseorang yang mengalami ketagihan susah untuk berhenti kerana games mempunyai suatu tarikan yang amat kuat terutamanya golongan remaja lelaki, bagi saya juga games ini lebih memberi kesan negatif daripada positif, hal ini kerana games boleh mengurangkan hubungan sosiolisasi dengan orang lain menyebabkan kita dalam dunia sendiri. Oleh itu, ketagihan yang melampau perlu dielakkan bagi menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang negatif.
ReplyDeleteBerdasarkan pernyataan blog ini, tidak dapat dinafikan bahawa kecanggihan dalam bidang teknologi kini tela mengubah budaya sosial masyarakat termasuklah dalam permainan. Bermain permainan atau game secara online atau melalui telefon pintar biasanya bertujuan untuk menghilangkan bosan. Tetapi apa yang didapati sekarang ini ialah penggemar-penggemar game terlalu leka dan sangat ketagih untuk bermain game. Ketagihan bermain game perlu dikurangkan supaya tidak timbul masalah disebaliknya terutama kepada penggemar game yang lebih dewasa
ReplyDeletePermainan atas talian seperti clash of clan adalah satu permainan yang memerlukan strategi yang sangat bijak agar dapat menjaga sebaik mungkin kubu-kubu yang dibina daripada diserang oleh pihak musuh. Bagi pendapat saya, seseorang itu ketagih bermain game tersebut bukan disebabkan untuk menghilangkan bosan semata-mata tetapi untuk mendapatkan kepuasan diri. Sebagai contoh, apabila seseorang itu telah berjaya menyelesaikan misi dan berganjak ke peringkat seterusnya. Ia akan membuatkan lagi individu tersebut ingin mencapai tahap peringkat yang paling tinggi sekali.
ReplyDeletekebanyakkan permainan pada masa kini membuatkan seseorang menjadi ketagih. Hal ini kerana terdapat permainan yang mempunyai grafik yang menarik dan mempunyai misi yang menarik untuk diselesaikan. Kedua-dua faktor tersebut akan membuat pengemarnya leka dan hanya mengfokuskan untuk menyelesaikan misi tersebut.
ReplyDeletepermainan video ini pada masa kini banyak memberi impak kepada pemain-pemain mahupun orang disekeliling mereka. Sebagai contoh, game atas talian (online) menjadi trend pada masa sekarang dan boleh dikatakan bahawa semua orang mempunyai akuan game online mereka tidak kisahlah di PC mahupun di dalam telefon bimbit mereka. Salah satu penarik game ini kepada peminat mereka ialah grafik dan juga permainan yang mencabar dan mengunakan stategi untuk meyelesaikan sesuatu misi. Antara permainan video game yang menjadi gilaan masyarakat kini ialah The Honour, DOTA, DOA dan COC. kesan daripada permainan game online jika terlalu taksub dengan pemainan ini ialah membuang masa, kes penceraian, dan juga penderaan.
ReplyDeleteBercerita berkenaan dengan permainan yang terdapat dalam gadget-gadget masa kini. Saya mengambil satu contoh games yang hangat ketika ini iaitu Clash of Clan. Ada diantara pemain yang sangat terpengaruh dengan permainan tersebut. Jika ada masa terluang walaupun sedikit mereka akan membuka permainan tersebut. Mungkin diantara kita yang tidak bermain benda itu akan melihat pemain-pemain games tersebut seakan taksub dan tidak memahami kelebihan bermain games tersebut. Itulah satu bukti dimana teknologi dan aplikasi didalamnya semakin canggih.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa permainan game online merupakan salah satu penyebab ketagihan internet berlaku. Hal ini kerana, pemain akan sentiasa membuka permaina tersebut untuk terus berjaya ke peringkat yang seterusnya. Selain daripada itu, permainan game online ini juga menyebabkan pengguna menjadi lemah fizikal kerana tiada pergerakan semasa mereka bermain permainan ini berbanding dengan permainan secara fizikal.
ReplyDelete