Sunday, May 10, 2015

Dulu vs Kini



Vlog yang memaparkan beberapa situasi yang membezakan zaman dimana teknologi masih ditakat yang bawah dan zaman dimana teknologi semakin canggih.

Happy watching guys:)

Saturday, May 9, 2015

Bentuk Permainan Masa Kini

Antara situasi yang dapat memperlihat bentuk permainan zaman dahulu dan zaman sekarang:
1. - Dahulu: Permainan anak kecil kebiasaannya bermain kejar-kejar, ular tangga, gasing (beyblade),  batu seremban dan main lumpur di sawah.
Sekarang: Permainan anak kecil kini Playstation, Xbox, komputer,smartphone dan gadget lainnya.

2. - Dahulu: Anak sekolah rendah akan membawa Tamagochi dan Gameboy.
Sekarang: Anak sekolah rendah kini membawa smartphone dan Playstation Portable (PSP).

Masih ingatkah kamu apabila pertama kali game online diperkenalkan dinegara Malaysia? Pada ketika itu, istilah game online bukanlah suatu hal yang umum seperti yang kita kenal sekarang. Dimana saat ini, hampir sebahagian besar orang sudah tahu dengan istilah game online. Pada zaman dahulu, boleh dikatakan game online adalah sesuatu yang eksklusif, yang hanya dapat dinikmati oleh kalangan atasan saja. Selain itu, game online ketika itu juga tergolong dalam istilah yang kurang popular. Hal ini demikian kerana, masyarakat masih lebih memilih untuk bermain di konsol.

Kembali ke tahun 2015, dimana saat ini game online seakan menjadi hal yang biasa. Masyarakat sudah memahami istilah game online dan telah menjadi trend bagi gamers-gamers yang ada di Malaysia. Semuanya bermain games secara online, meski itu hanya sekadar game di Facebook.
Jumlah game online terus bertambah dari tahun ke tahun. Berbeza dengan dahulunya yang masih boleh dihitung dengan jari dan kini di Malaysia telah hadir pelbagai jenis aplikasi game. Bermula dari Ragnarok sehingga ke Dragon Nest, Counter-Strike ke Point Blank, bahkan game server global sekelas ArcheAge dan yang paling popular sekarang adalah Clash of Clan (C.O.C). Namun apakah kalian tahu, bertambahnya game baru di Malaysia secara tidak langsung juga telah mengubah pola bermain gamer dinegara ini.

Candy Crash Saga

Dragon Nest

Second Life

Clash of Clan


Permainan C.O.C seakan sejenis ubat yang boleh menyebabkan ketagihan
(perkongsian daripada salah seorang pemain tegar C.O.C)

Kalau sebut permainan online Clash Of Clan, pasti ramai jejaka-jejaka hensem sekarang ni yang memiliki telefon pintar bermain permainan ni. Tidak terkecuali aku juga baru berkenalan geli-geli je dengan Clash Of Clan ni. Bukan tujuan membuang masa abaikan kerja atau tanggungjawab yang ada. Cuma cara seseorang untuk hilangkan stress kerja berbagai cara. Bermain permainan online dah jadi perkara biasa waktu ni. Pantang dapat masa terluang, mesti telefon pintar yang dibuka dulu dan tengok berapa banyak duit emas yang masuk.

Tidak hairan kalau budak-budak umur bawah 12 tahun bermain Clash Of Clan ni. Tapi menjadi satu perkara pelik kalau kita ternampak seorang lelaki dewasa, bercermin mata tebal, rambut beruban penuh, duduk senyap depan meja mengadap telefon sedang upgrade istana yang ada. hehehe. Jangan tak percaya, perkara ini berlaku depan mata aku sendiri. Mungkin pangkat datuk bercucu seorng kot. Betapa kuatnya pengaruh permainan Clash Of Clan ni sampaikan orang tua pun pandai main.

Kepuasan apabila bermain permainan video (video game) apabila pemain dikehendaki menyelesaikan misi atau tugas yang diberikan. Seseorang itu akan “Berjaya” apabila mereka terus bermain bagi menyelesaikan misi  yang telah diprogramkan. Contohnya, dalam permainan video clash of clan (C.O.C), pemain diberi untuk menjaga kawasan yang diberikan. Bagi menguatkan kawasan tersebut, pemain harus menambah baik barangan yang ada terutama dari segi senjata atau permainan. Pemain akan mula mencari load  untuk menambahbaik barangan, lama kelamaan seseorang itu menjadi ketagih untuk mencari load yang disediakan dan menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk mencari load dan menjadi tabiat kepada pemainan video terbabit.

Secara keseluruhannya, C.O.C ini adalah satu game online yang membuatkan kita belajar menyusun strategi dan yang paling penting sekali adalah permainan sebegini membuktikan bahawa teknologi yang ada ketika ini semakin maju. Bukan itu sahaja, segala aplikasi yang digunakan menjadikan sesuatu permainan tersebut lebih menarik.

Friday, May 8, 2015

Blog Review




Untuk membina sebuah blog yang best haruslah mengikut niche-niche yang popular bagi rakyat Malaysia. Contoh niche yang popular adalah seperti blog gossip dan hiburan, blog politik, blog review produk, blog berita dan tak kurang juga blog peribadi.

Antara ciri-ciri sebuah blog yang bagus dan menarik haruslah mendapat trafik yang tinggi setiap hari secara konsisten dan juga mendapat rank yang baik di search engine khususnya di Google.


Terdapat beberapa sebab dalam menulis blog, antaranya adalah :

 Untuk Menyatakan Pemikiran dan Pendapat
Bagi yang mempunyai sesuatu untuk dikatakan, blog menyediakan tempat untuk mengatakannya dan didengar orang ramai.   

Mempromosikan Produk & Perkhidmatan
Blogging adalah cara yang baik untuk memasarkan atau mempromosikan diri. Ruang ini boleh digunakan untuk memperkenalkan perniagaan, produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dengan berkesan. 

 Membantu orang lain
Dengan berkongsikan cerita tentang sesuatu pengalaman yang telah lalui, seseorang itu boleh membantu orang lain yang bakal atau sedang melalui situasi yang sama. Tidak hairan la hari ini banyak blog yang berkaitan keibu-bapaan, kesihatan, kesihatan dan rujukan umum mendapat sambutan.

Membuktikkan Kepakaran
Blog adalah alat yang hebat untuk membantu blogger menonjolkan diri mereka sebagai pakar dalam bidang atau topik. 
Sebagai contoh, jika seseorang cuba untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang tertentu atau berharap untuk menerbitkan sebuah buku tentang tajuk tertentu, blog boleh membantu membuktikkan kepakaran mereka dan mewar-warkan kewujudan mereka dalam bidang tersebut.

Buat Duit Dengan Blog
Tidak sedikit blogger yang membuat duit dari blog. Dengan kerja keras dan komitmen yang tinggi, blog berpotensi untuk menjana pendapatan. Hari ini suda banyak blogger (terutama otai-otai) yang menghasilkan pendapatan dari blog mereka. Kuncinya ialah dengan kesabaran dan tindakan. Ada yang membuat duit melalui pengiklanan,aktiviti affiliates dan review produk di blog mereka.

*sumber dari http://www.suhiminain.com/menulis-blog/


Pendapat Penulis*

Blog yang paling mendapat perhatian saya adalah blog yang memberi informasi, pengetahuan, berkongsi tips-tips yang berguna dan menarik. Penekanan yang akan di review pada entri ini adalah berkaitan dengan blog yang diminati dan mempunyai follower yang ramai. Sedari awal mengenali blog, saya telah lama mengikuti blog penulisan HanisZalikha dan PetiSuaraku (obviously blog ini berkaitan perempuan).

Blog penulisan HanisZalikha memenuhi ciri-ciri niche yang dikatakan diatas kecuali politik. Blog penulisan HZ banyak member informasi mengenai penjagaan kesihatan, kecantikan dan tips-tips yang berguna, antaranya seperti persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Secara tidak langsung, bagi sesiapa yang tidak mempunyai pengalaman mendaki gunung atau freshie dalam bidang ini dapat membuat rujukan atau mendapat info mengenai perkara tersebut melalui blog ini. Tambahan lagi, tips yang diberikan adalah sesuai kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan blog Petisuaraku. Ianya lebih berkisar mengenai kehidupan. Penulisan mengenai bagaimana untuk membantu diri dan memajukan diri. Apabila membaca blog ini, saya mendapat ilmu atau info yang dapat membantu saya dalam kehidupan.

Blog-blog ini sangat memberi inpirasi dan berkongsi info yang berguna untuk semua.


*Sila beri pendapat anda mengenai blog yang disukai.

Terima Kasih :)

Tuesday, May 5, 2015

Senjata baru telah dicipta pada abad ini.

“Kita telah terkena peluru senjata baru”, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk dijelaskan terhadap media baru. Peluru ialah ideologi-ideologi dan sasaran ialah pengguna. Selalunya pengguna  mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan dan berita-berita mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama, bangsa, politik dan juga masyarakat sekeliling. Apabila terpampang di muka media baru,  seseorang individu itu percaya walaupun kita tidak tahu akan kesahihan yang sebenar. Media ini juga dijadikan rujukan oleh masyarakat sekarang untuk mendapatkan infomasi terkini.
            Dari segi agama, kita dapat lihat bahawa islam selalu dikaitkan dengan pengganas dan keganasan. Terpampang di dalam laman sosial dan laman sesawang mengenai keburukan agama islam dan  sesetengah laman di dalam media sosial menyebarkan berita-berita mengenai keburukkan agama islam sedangkan kita dapat tahu bahawa islam adalah agama keamanan dan mementingkan keharmonian dan sebagai contoh laman di dalam facebook ialah islam is terrorists. Mereka menyebarkan bahawa semua islam adalah pengganas kerana mereka mengaitkan kumpulan-kumpulan militan seperti ISIS, Taliban, Abu Sayyaf dan sebagainya. Semua ini ideologi sesetengah pihak untuk menjatuhkan agama islam kerana terlalu taksub kepada agenda tertentu. Masyarakat sekarang mula memandang buruk terhadap islam terutamanya negara barat yang menganggap agama islam mengajar erti keganasan. Perkara ini dikuatkan lagi dengan peristiwa 11 September 2001 iaitu WTC telah dilanggar oleh kapal terbang yang dirampas oleh pejuang islam. Sejak itulah ideologi mengenai keburukan islam telah disebarkan.





            Selain itu, politik di seluruh dunia juga terancam kerana media baru ini. Media baru ini ialah senjata utama kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah negara tersebut. Medium ini digunakan memburukkan kerajaan dan juga mendedahkan perkara yang tidak disiarkan di media yang dikongkong oleh kerajaan seperti siaran televisyen, radio dan juga surat khabar. Ideologi ini berhasil kerana budaya media semakin berkembang selari dengan peredaran masa. Negara-negara yang jatuh akibat daripada media baru ini ialah Mesir, Libya, dan Thailand. Contoh-contoh sebegini sudah menunjukkan bahawa media baru ini adalah senjata tercanggih yang pernah dicipta kerana kita dapat melihat kesannya pada jangka masa yang singkat tetapi mengambil masa yang lama untuk melihat kesannya.


            Selain itu, masyarakat sekeliling juga tidak terkecuali menerima kesan daripada media baru ini. Antara kesan yang dapat dilihat ialah masyarakat sekarang kebanyakkan adalah mereka mudah mempercayai sesuatu berita yang berada di media baru seperti facebook, twitter, instagram, dan blog-blog. Sebagai contoh, teori konpirasi yang keluarkan oleh sesetengah individu untuk mengeruhkan lagi keadaan. Sebagai contoh teori konsiprasi MH 370, dan MH 17 yang tersebar melalui media baru dan teori ini seakan-akan benar dan sesetengah individu akan mempercayai teori ini walhal teori ini hanya direka oleh individu yang tidak dikenali.



Pada pendapat anda? Adakah anda terpengaruh dengan segala berita yang disebarkan oleh media baru?