Apa yang dikatakan Wartawan Warga (Citizen Journalist)?
Wartawan warga (Citizen journalis) adalah warga biasa yang menjalankan fungsi
selayaknya wartawan profesional yang pada umumnya yang menggunakan channel media baru iaitu internet untuk menyebarkan informasi dan berita yang mereka dapat.
Shayne Bowman dan Chris Willis pula mendefinisikan citizen journalism sebagai ‘…the act of citizens playing an active role in the process of collecting, reporting, analyzing, and disseminating news and information”.
Menurut Chamil Wariya (chamiwariya.com), kewartawanan warga dalam talian merujuk pada fenomena
penyebaran dan penyaluran maklumat, baik berbentuk laporan berita dan penulisan
artikel oleh individu-individu atau organisasi media yang bebas daripada
pengaruh, kepentingan, dan pemilikan badan-badan kerajaan atau mana-mana parti-parti
politik tempatan serta para pelabur yang lain. Oleh itu penulisan wartawan
warga seharusnya membingkaikan penulisan mereka berdasarkan pemerhatian
objektif pada fakta, adil, dan tidak semata-mata terhad sebagai satu tindak
balas alternatif (counter/alternative response) kepada kewartawanan arus
perdana.
Wartawan warga diberikan peluang yang luas bagi setiap warga negara untuk mengutarakan pendapatnya, baik untuk
mengkritik kebijakan pemerintah (watchdog) ataupun sekadar mengekspresikan kehidupan
pribadinya. Dengan kata lain, wartawan warga dapat berfungsi sebagai penghubung kepada pemajuan hak
asasi manusia. Bukan itu sahaja, malahan wartawan warga dapat dikatakan satu wadah kepada demokrasi di negara.
Wartawan warga ini menurut saya mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Daripada perspektif positif, wartawan warga ini boleh membantu dalam melaporkan sesuatu informasi yang tidak mampu diketahui ramai. Perspektif negatif pula, ketulusan atau kesahihan sesuatu informasi boleh dipertikaikan.
Wartawan warga tidak bertujuan menciptakan keseragaman pendapat umum namun lebih menitikberatkan kepada “inilah yang terjadi dalam lingkungan kita”. Wartawan warga dinilai sebagai bentuk penyertaan aktif masyarakat untuk menyuarakan pendapat secara lebih berleluasa, terstruktur, serta dapat diakses secara umum dan sekaligus menjadi rujukan alternatif kepada masyarakat.
Siapa yang layak menjadi wartawan warga?
Konsep asal kewartawanan warga telah mengetengahkan idealisme lapor berita dan penulisan kewartawanan yang bebas daripada kepentingan
pihak tertentu oleh segolongan individu-individu yang mengambil berat tentang
kebenaran yang dikongsi dan disampaikan kepada orang awam. Mereka boleh datang dari pelbagai latar
belakang, sama ada golongan profesional atau bukan asalkan mereka mengamalkan
etika kewartawanan yang tinggi serta memenuhi beberapa prasyarat asas
kewartawanan seperti minda yang kritikal pada keadaan sekeliling (fakta),
kebolehan untuk membuat siasatan, menemubual dan menulis laporan.
Kebaikan dan Keburukan Wartawan Warga?
Kebaikan
|
Keburukan
|
|
|
Kesimpulannya, wartawan warga ini mempunyai kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat dan negara. Peningkatan demi peningkatan jumlah wartawan warga adalah disebabkan oleh kepekaan masyarakat berkaitan isu sekeliling dan juga disebabkan oleh kemajuan teknologi. Hal ini demikian kerana setiap berita yang ingin dilaporkan oleh wartawan warga boleh dibuat tidak kira tempat dan masa.
mengetengahkan idealisme pelaporan berita dan penulisan kewartawanan yang bebas daripada kepentingan pihak tertentu oleh segolongan individu-individu yang mengambil berat tentang kebenaran yang dikongsi dan disampaikan kepada orang awam. Siapakah mereka golongan individu-individu ini? Mereka boleh datang dari pelbagai latar belakang, sama ada golongan profesional atau bukan asalkan mereka mengamalkan etika kewartawanan yang tinggi serta memenuhi beberapa prasyarat asas kewartawanan seperti minda yang kritikal pada keadaan sekeliling (fakta), kebolehan untuk membuat siasatan, menemubual dan menulis laporan.
ReplyDeleteCitizen Journalism atau wartawan warga merupakan satu bidang tugas yang mencabar untuk digalas. Mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang berpengalaman dalam membuat liputan berita secara freelance. Maksudnya di sini sesiapa sahaja boleh menjadi wartawan warga dan memberi laporan melalui saluran media baru seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya. Mereka juga bebas mengutarakan pendapat dan maklumat tanpa bersifat berat sebelah dalam mana-mana pihak politik. Oleh sebab itu, ramai pengguna memilih untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Berbeza dengan wartawan yang profesional yang membuat laporan secara berat sebelah dan lebih berpihak kepada pihak kerajaan atau pihak yang berkepentingan sahaja. Oleh sebab itu, kebebasan bersuara wartawan profesional telah disekat oleh pihak tersebut, manakala wartawan warga pula bebas dalam meluahkan pendapat. Kesimpulannya, wartawan warga lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat berbanding dengan wartawan profesional.
ReplyDeletewartawan warga ini memberi ruang kepada sesiapa pun tidak kira kepada golongan profesional mahupun sebaliknya. Mereka berpeluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing tanpa perlu bersifat berat sebelah kepada mana-mana pihak. Malahan wartawan warga ini dianggap sebagai penghubung atau orang perantara kepada para masyarakat untuk mendapatkan segala informasi yang mereka sepatutnya ketahui daripada wartawan profesional. Walaubagaimanapun, wartawan warga ini sememangnya mempunyai kelemahan masing-masing dimana maklumat yang mereka sampaikan ataus umber yang mereka perolehi untuk menyebarkan maklumat adalah kabur dan tidak jelas kesahihannya. Ini akan menyebabkan sesuatu berita yang dilaporkan atau disebarkan akan mendapat kritikan dari pelbagai pihak terutama rakyat biasa di negara kita
ReplyDeletePada pendapat saya, menjadi wartawan warga lebih baik daripada menjadi wartawan professional. Hal ini kerana wartawan warga tidak terikat kepada mana-mana belah pihak atau parti politik. Mereka bebas melaporkan sesuatu isu dan berhak memberikan pandangan masing-masing melalui medium yang bersesuaian. Selain itu, wartawan warga juga semakin bertambah jumlahnya di Malyasia. Peningkatan dalam jumlah ini sangat baik pada pendapat saya kerana masalah penyebaran berita yang samar oleh sesetengah wartawan mungkin akan berkurang.
ReplyDeletewartawan warga mempunyai kelebihan untuk mengemukan pendapatnya tanpa perlu ditapis oleh mana-mana pihak. Pendapat atau idea yang dicurahkan dapat dikongsikan kepada orang lain. Hal ini menunjukan bahawa mereka bebas untuk berkongsi pelbagai berita, isu-isu semasa dan sebagainya. Akan tetapi kesahihannya mungkin diragui kerana sesetengah dari wartawan warga tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak.
ReplyDeletemenjadi satu tanda tanya, adakah citizen journalist ini terlepas daripada didakwa dibawah akta hasutan?
ReplyDeleteWartawan umpama perutusan kepada masyarakat sekeliling untuk menyebarkan pelbagai maklumat. Mereka mencari, merungkai dan mendedahkan berita-berita mengenai sosial, politik dan ekonomi. Tetapi harus diingatkan bahawa wartawan ini bagaikan duri dalam daging oleh kerajaan. ini kerana mereka mendedahkan pelbagai berita mengenai kerajaan. kekadang berita palsu juga disebarkan oleh mereka bagi memenuhi kehendak pembaca. Ini menyebabkan kerajaan menyekatkan wartawan warga ini. Mereka tidak medium untuk mengawal dalam penulisan mereka dan menyebabkan sesuatu maklumat disebarkan walaupun tidak benar. Secara amnya, mereka menulis sesuatu berita atas kemahun dan emosi mereka sahaja. Apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu organisasi, mereka mencemuh dan mengeluarkan pekara-pekara yang tidak benar dan sebarkan tetapi apabila mereka menyokong lain pula berlaku. Mereka memuji sesuatu organisasi dan individu walaupun berlebihan.
ReplyDeleteJelas sekali wartawan warga ini menjadi virus dan pengubat kepada negara dalam menyebarkan maklumat dan berita.
Sesiapa sahaja boleh menjadi wartawan warga, malahan saya juga dapat dikategorikan sebagai wartawan warga. Saya boleh menyuarakan dan menulis pendapat saya tanpa mendedahkan identiti saya kepada orang ramai.
ReplyDeleteWartawan warga tidak mempunyai "undang-undang" untuk dipatuhi semasa menulis atau menyuarakan pndangan dalam media kini. Dan pada pendapat saya, banyak baiknya menjadi wartawan warga dari wartawan profesional walaupun wartawan warga tidak dibayar gaji seperti wartawan profesional.
Kini, tiada lagi akta yang akan dikenakan kepada wartawan warga yang menulis dalam bentuk negatif kerana akta tersebut telah dimasuhkan. Wartawan warga hanya dapat didakwa sekiranya pendakwa yang mendakwa merasakan wartawan warga menulis perkara yang menjatuhkan pendakwa.