Sunday, April 26, 2015

Kegunaan teknologi untuk menerangkan hukum merokok mengikut pandangan islam.



Secara amnya, setiap masyarakat memiliki pengetahuan yang unik dan bertindak dengan cara yang berbeza apabila berhadapan dengan keperluan yang sama serta dalam menghasilkan berbagai bentuk penyelesaian. Budaya sesebuah masyarakat mempengaruhi cara penggunaan, pembinaan dan penguasaan terhadap teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka.
         Teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi. Budaya tersebut menentukan cara-cara bagi memahami sesuatu perkara berbentuk teknikal, menterjemahkan matlamat serta kegunaan teknologi, mengenal pasti masalah serta peraturan-peraturan dalam tindakan dan mencari pernyelesaian. Pilihan terhadap teknologi bergantung kepada sikap seseorang sama ada bersikap terbuka atau sebaliknya dalam menerima teknologi baru. Penerimaan biasanya bergantung kepada sejauh mana teknologi berkenaan sesuai dan berfaedah untuk masyarakat. Kesedaran terhadap nilai dalam barang-barang budaya dan penggunaan peralatan. 









          



     Apabila menyebut rokok, maka ianya tidak lepas dari perbincangan tentang tembakau. Berdasarkan kepada maklumat, tembakau ini tidak dikenali melainkan pada awal kurun ke 11 hijrah. Ekoran dari itu, ulama-ulama di zaman sebelum itu tidak memperkatakan hukum rokok. Mengikut dakwaan sesetengah pihak, amalan merokok ini berasal dari amerika dan merebak ke eropah dalam kurun ke 16. Pada awalnya, amalan merokok ini dianggap sebagai salah satu amalan untuk perubatan. Pada kurun ke 19, amalan merokok ini sudah tersebar di seluruh dunia, termasuk dunia umat Islam ketika itu.
Setelah amalan merokok ini tersebar, didapati ianya banyak memberi kerosakan dan menjejaskan kepada kesihatan, terutama kepada kesihatan otak, jantung, penglihatan mata dan sebagainya. Apa yang lebih teruk dari itu adalah, terjejasnya kesihatan itu bukan sekadar dikalangan perokok sahaja, tetapi ianya merebak kepada mereka-mereka yang tidak merokok juga. Perkara ini telah diakui oleh sebilangan besar doktor-doktor di dunia, sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang “disepakati” dikalangan para doktor. Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan buruk kepada manusia, maka ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan hukum rokok.














      Hukum agama islam, merokok adalah haram kerana rokok mempunyai unsur arak kerana sebelum menjadi rokok, tembakau diremdam dan diperap dengan perahan anggur dan epel. Epel dan anggur adalah bahan digunakan untuk membuat arak. Selain itu, merokok membazikan wang dan juga harta untuk mendapatkan rokok yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Pembaziran adalah ditegah oleh islam dan menjadi amalan syaitan sesiapa sahaja yang membazir. Wang yang membeli rokok boleh digunakan untuk bersedekah dan digunakan untuk kegunaan harian yang lebih berfaedah. Selain itu, rokok jiga menyebabkan seseorang individu terbabit akan mengalami masalah ketagihan yang teruk. Apabila individu yang merokok akan menjadikan rokok sebahagian rutin harian mereka dan sekaligus menjadi hamba kepada rokok.






10 comments:

  1. Jelaslah bahawa amanlan merokok ini akan mendatangkan keburukkan dan kemudaratan kepada kita. Oleh yang berkaitan dengan perkara di atas juga bahawa peranan teknologi amat penting dalam menerangkan hukum haram merokok dalam pandangan islam yang sebenarnya, sebagaimana yang kita lihat ramai perokok akan mendaoat kesan dalam jangka masa yang panjang, oleh kerana itulah mereka tidak sedar dan takut terhadap perkara ini. Mereka mengambil endah sahaja dengan tidak berpifir panjang tidak kiralah golongan muda atau tua. Oleh disebabkan itulah teknologi yang canggih pada masa kini boleh membantu dalm mengurankan perokok tegar dengan memberi maklumat dan sebagainya untuk memberi kesedaraan kepada perokok.

    ReplyDelete
  2. Jelaslah bahawa amanlan merokok ini akan mendatangkan keburukkan dan kemudaratan kepada kita. Oleh yang berkaitan dengan perkara di atas juga bahawa peranan teknologi amat penting dalam menerangkan hukum haram merokok dalam pandangan islam yang sebenarnya, sebagaimana yang kita lihat ramai perokok akan mendaoat kesan dalam jangka masa yang panjang, oleh kerana itulah mereka tidak sedar dan takut terhadap perkara ini. Mereka mengambil endah sahaja dengan tidak berpifir panjang tidak kiralah golongan muda atau tua. Oleh disebabkan itulah teknologi yang canggih pada masa kini boleh membantu dalm mengurankan perokok tegar dengan memberi maklumat dan sebagainya untuk memberi kesedaraan kepada perokok.

    ReplyDelete
  3. Jelaslah bahawa amanlan merokok ini akan mendatangkan keburukkan dan kemudaratan kepada kita. Oleh yang berkaitan dengan perkara di atas juga bahawa peranan teknologi amat penting dalam menerangkan hukum haram merokok dalam pandangan islam yang sebenarnya, sebagaimana yang kita lihat ramai perokok akan mendapat kesan dalam jangka masa yang panjang, oleh kerana itulah mereka tidak sedar dan takut terhadap perkara ini. Mereka mengambil endah sahaja dengan tidak berfikir panjang tidak kiralah golongan muda atau tua. Oleh disebabkan itulah teknologi yang canggih pada masa kini boleh membantu dalm mengurangkan perokok tegar dengan memberi maklumat dan sebagainya untuk memberi kesedaraan kepada perokok.

    ReplyDelete
  4. Dengan adanya kenyataan seperti di atas, ini menunjukkan bahawa teknologi adalah satu platfom untuk menyampaikan segala maklumat kepada umum. Dilihat pada sudut positif, melalui laman sosial saja masyarakat sudah dapat mengetahui baik dan buruk sesuatu perkara tersebut.

    ReplyDelete
  5. Teknologi tanpa sempadan, itulah pekara yang dapat diungkapkan dari petikan yang diberikan. Dengan adanya maklumat sebegini, sekaligus dapat seseorang itu memahami lebih lanjut mengenai maklumat yang ingin dicari. Selain itu, mereka boleh merujuk banyak sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti laman rasmi Jabatan Agama Islam dan juga laman sesawang ulama-ulama dan ustad-ustad yang bertauliah. Tidak seperti sebelum ini, ramai yang masih keliru mengenai hukum-hukum sesuatu pekara. Mereka harus mencari jawapan dengan memakan masa yang lama tetapi tidak pada masa sekarang, hanya beberapa saat sahaja maklumat dapat dicari.

    ReplyDelete
  6. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa teknologi masa kini menyumbang pelbagai kemudahan kepada masyarakat. Jika dahulu sesuatu masalah berkenaan hukum agama akan dirujuk kepada orang yang tetentu sahaja melalui ceramah dan juga kuliah. Pada masa kini, masyarakat memperolehi maklumat di internet sahaja dengan jaminan penjimatan masa kepada masyarakat yang sibuk dengan tugasan dan kerjaya masing-masing. Tetapi masyarakat perlu bijak untuk memilih laman sesawang dan portal-portal rasmi yang diiktiraf serta disahkan benar.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Teknologi di hujung jari dan teknologi tanpa sempadan. Pada masa kini, pembelajaran agama boleh dipelajari melalui teknologi walaupun kurang sempurna. Dengan adanya teknologi, ianya memudahkan penyebaran dakwa. Contohnya, video Ustaz Azhar Idrus. Dapat dilihat di rata-rata media baru, contohnya Youtube, ramai yang berkongsi video Ustaz Azhar Idrus mengadakan ceramah. Sesiapa sahaja boleh mengikuti ceramah beliau walaupun tidak berada di tempat kejadian dan bukan pada waktu tersebut. Malah, video beliau dapat dilihat berulang-ulang kali. Ini amat memudahkan kita untuk membuat rujukan. Ianya juga dapat menjadi halwa telinga yang baik selain dapat menimba ilmu agama.

    Pelbagai jenis dan bentuk pembelajaran agama dapat dipelajari melalui media baru pada masa kini.

    ReplyDelete
  9. Perkongsian maklumat mengenai pengharaman rokok dengan menggunakan kemudahan teknologi merupakan salah satu langkah yang terbaik dalam memberi kesedaran kepada golongan perokok dan orang lain. Namun pendedahan maklumat ini langsung tidak menjejaskan tabiat merokok dalam kalangan perokok, terutamanya bagi golongan perokok tegar. Mungkin maklumat ini berkesan bagi golongan yang baru berjinak untuk merokok dan golongan muda yang lain agar tidak cuba mendekatkan diri mereka dengan tabiat merokok.

    ReplyDelete
  10. Berdasarkan penyataan diatas, saya bersetuju bahawa penyampaian sesuatu maklumat sangat sesuai disebarkan melalui penggunaan teknologi. Hal ini demikian kerana, ramai masyarakat kini lebih suka mendapatkan sesuatu maklumat melalui penggunaan teknologi berbanding dengan mendapatkan maklumat melalui bahan pembacaan.

    ReplyDelete