Sunday, April 12, 2015

The Real Life (Life 2.0)

Dalam cerita “The Real Life (Life 2.0)” mendedahkan mengenai kehidupan atau dunia kedua yang dicipta oleh manusia. Dunia yang dimaksudkan ialah dunia dalam versi 3 dimensi 3D. terdapat kisah kehidupan yang berbeza ditunjukkan dalam cerita ini. Kisah pertama ialah mengenai hubungan antara suami isteri, di mana suaminya terpaksa meninggalkan isteri atas urusan kerja. Namun disebabkan oleh kesibukan suami membuatkan isteri menjadi sunyi dan cenderung untuk mencari seseorang yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh suaminya. Melalui dunia kedua ini, isteri telah menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain apabila suaminya keluar bekerja.

            Kisah kedua pula ialah mengenai seorang lelaki yang mempunyai sejarah silam yang menakutkan menyebabkan dia mencipta dunia kedua melalui identiti yang berbeza. Dia muncul dalam identiti seorang gadis yang berumur 11 tahun. Watak gadis tersebut lebih kearah keseronokan dan suka menari di kelab malam. Dorongan yang menyebabkan lelaki tersebut mencipta dunianya sendiri melalui identiti seorang gadis remaja kerana kisalh silamnya yang pernah menjadi mangsa buli.

            Kisah yang terakhir pula mengisahkan dunia seorang wanita yang merupakan seorang pereka web. Wanita ini telah mencipta identitinya sebagai seorang pemilik butik yang bernama NaKID. Wanita ini masih mengekalkan imejnya sebagai warga American Africa cuma mengubah bentuk badannya dari berbadan besar kepada kurus dan seksi. Menariknya, dia juga memperolehi pendapatan melalui dunia kedua ini.

            Kesimpulannya, kebanyakan manusia yang terlibat dalam dunia kedua ini mempunyai kisah mereka sendiri sehingga mereka lebih taksub terhadap dunia baru yang dicipta oleh mereka sendiri. Selain daripada itu, keadaan realiti adalah amat berbeza dengan identiti yang dicipta oleh mereka.


            Persoalannya, adakah media baru ini membentuk identiti baru?



9 comments:

  1. kemajuan teknologi kini boleh dikatakan sebagai medium untuk membentuk sesuatu identiti. Tidak kira identiti tersebut sama atau berbeza dengan dunia realiti. Pengguna media kini seakan kreatif untuk membentuk sesuatu yang baru. Mereka menjadikan medium masa kini (media sosial) untuk membentuk identiti mereka. Mungkin untuk meningkatkan lagi self-esteem mereka atau mungkin untuk mencari peluang untuk menonjolkan diri mereka.

    ReplyDelete
  2. Teknologi yang semakin canggih boleh mengubah identiti seseorang dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Terbukti dengan aplikasi permainan second life dimana seseorang itu boleh berubah menjadi seorang yang berbeza dengan alam realitinya.Melalui permainan itu, seseorang mendapat kepuasan kerana mereka yang akan mengawal kehidupan mereka walaupun identiti sebenar mereka jauh berbeza di alam maya dan alam realiti. Namun begitu, manusia akan mula leka dengan kehidupan realiti jika terlalu taksub dengan permainan tersebut.

    ReplyDelete
  3. ternyata identiti yang dicipta oleh manusia lebih membuat manusia itu seronok, hal ini kerana terknologi dapat mengubah apa-apa sahaja hanya dihujung jari. Second life juga dapat memenuhi semua kepuasan manusia itu walaupun sangat berbeza dengan dunia sebenarnya, kepuasan itu penting.

    ReplyDelete
  4. Ya, kemunculan media baru sekarang ini mampu mewujudkan dunia baru kepada manusia. Manusia boleh mengaplikasikan permainan dunia baru tersebut untuk menghilangkan bosan dan mencari identiti baru dalam kehidupan. Walaupun ia palsu, tetapi dunia baru melalui media baru ini dapat memberikan kepuasan kepada manusia kerana manusia akan dapat merasai apa yang diinginkan dan impian mereka dalam hidup. Hal ini dapat memberi peluang kepada manusia untuk merasai kehidupan kedua melalui alam maya

    ReplyDelete
  5. Ya, kemunculan media baru sekarang ini mampu mewujudkan dunia baru kepada manusia. Manusia boleh mengaplikasikan permainan dunia baru tersebut untuk menghilangkan bosan dan mencari identiti baru dalam kehidupan. Walaupun ia palsu, tetapi dunia baru melalui media baru ini dapat memberikan kepuasan kepada manusia kerana manusia akan dapat merasai apa yang diinginkan dan impian mereka dalam hidup. Hal ini dapat memberi peluang kepada manusia untuk merasai kehidupan kedua melalui alam maya

    ReplyDelete
  6. identiti baru yang dicipta oleh manusia sangat tidak relevan. Hal ini kerana secara realitinya mereka jauh lebih berbeza dengan apa yang diciptanya. Namun, secara umumnya mereka mencipta identit baru adalah untuk kepuasan kerana apa yang mereka inginkan di dunia nyata mustahil untuk diperolehi serta mereka dapat memilikinya di dunia yang mereka cipta sendiri.

    ReplyDelete
  7. Pada masa sekarang ramai orang menjadi pelakon di kehidupan realiti dan menjadi orang sebenar di dalam alam maya. Jika kita kaji mengenai seserorang itu, mereka sangat aktif dalam alam maya sehinggakan mereka mengemaskini perjalanan kehidupan seharian mereka walaupun di alam maya mereka tidak melakukan pekara tersebut.
    Dalam permainan second life ini, seseorang itu inginkan perkara yang diperolehi di dalam kehidupan sebenar seperti kebahagian rumah tangga, kerjaya, ciri fizikal dan lain-lain. Dengan cara ini, seseorang itu merasakan kepuasan di dalam diri mereka tanpa berfikir bahawa ia hanya dunia fantasi sahaja. Dalam hal ini, tidak wajarlah mereka mencipta identiti baru kerana jelas mereka tidak dapat secara realitinya.

    ReplyDelete
  8. Identiti baru yang dicipta melalui media baru ini merupakan salah satu cara bagi sesetengah individu yang mempunyai konflik dalaman atau luaran di dalam kehidupan mereka yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka mencipta dunia baru bagi diri mereka untuk melupakan konflik yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. Identiti baru yang dicipta melalui media baru adalah bertujuan hanya untuk keseronokan dan hanya orang yang bermasalah meinginkan kehidupan kedua. Seperti yang ditunjukkan di dalam video, orang-orang yang menyertai identiti baru ini merupakan orang-orang yg bermasalah, orang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah,dan mempunyai masalah berkomunikasi dengan orang lain. Apabila berada didalam Identiti baru, mereka merasakan kehidupan yang sempurna berbanding kehidupan sebenar. Identiti baru ini jika dibandingkan dengan kehidupan realiti amatlah berbeza. Bagi saya, tiada relevennya penciptaan kehidupan kedua ini kerana tiada kehidupan yang sempurna di alam nyata. .

    ReplyDelete