Aktiviti harian manusia masa kini menjadi lebih mudah dengan
wujudnya dan berlaku perkembangan dalam
teknologi perhubungan dan komunikasi. Kewujudan teknologi ini merupakan
revolusi idea yang dicipta untuk memudahkan manusia berhubung dan menjalani
kehidupan harian mereka.
Teknologi yang dimaksudkan ialah media mudah alih yang
dicipta dalam bentuk telefon bimbit, computer riba, dan tab. Namun begitu,
fokus utama perbincangan ini ialah mobil telefon.
Mobil telefon ( telefon mudah alih ) yang dicipta pada masa kini semakin maju
kerana alat ini merupakan alat mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.
Pada suatu masa dahulu, mobil telefon dicipta dalam saiz yang agak besar dan
berat, namun saiznya menjadi semakin kecil hari demi hari. Tetapi pada masa
kini, pencipta alat ini kembali menciptakan mobil telefon dalam saiz yang
semakin besar, nipis, dan lebih canggih seiring dengan perkembangan mobil
telefon masa kini.
Oleh sebab kecanggihan alat teknologi ini berkembang,
penggunaan mobil telefon juga semakin meningkat dan bertebaran dalam kalangan
manusia. Pada masa kini, mobil telefon menjadi satu alat yang terpenting dalam
kehidupan manusia di samping merupakan alat mampu milik bagi mereka yang masih
bergelar pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna kini memiliki
lebih daripada satu mobil telefon yang digunakan dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, kecanggihan dalam perkembangan teknologi
mobil telefon ini meninggalkan kesan
sama ada kesan positif dan kkesan negatif. Antara kesan positif ialah memudahkan
komunikasi antara manusia dengan mendekatkan jarak atau darjah ketersampaian
manusia melalui perhubungan di mobil telefon. Selain itu, dengan kecanggihan
mobil telefon masa kini, telefon juga boleh dijadikan alat pengganti kepada komputer atau komputer riba. Hal ini kerana mobil telefon juga boleh menyimpan
pelbagai aplikasi dan dokumen. Dalam kalangan pelajar pula, dengan melanggan
pakej internet mobil, mereka boleh dan sering menggunakan mobil telefon untuk
menyiapkan tugasan atas talian yang
diberikan oleh pensyarah hanya dengan melalui mobil telefon masing-masing.
Mereka juga boleh mengakses maklumat yang diperlukan segera dan dimana-mana
sahaja tanpa perlu ke makmal komputer.
Dalam kelebihan yang dimiliki oleh alat teknologi ini,
secara tidak sedar, alat teknologi ini mampu memberikan impak negatif kepada
pengguna. Pengguna akan menjadi lalai apabila menggunakan mobil telefon dan
internet sehingga mewujudkan sifat individualistik dan anti sosial dalam kalangan
pengguna. Komunikasi bersemuka akan berkurangan walaupun sekumpulan manusia
berkumpul ditempat yang sama terutamanya di kedai-kedai makan. Dalam pada itu,
kesan negatif daripada kemajuan alat teknologi ini dapat dilihat dari segi
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa boleh berubah dan tercemar ekoran daripada
ejaan yang dieja secara singkatan dan mengikut emosi masing-masing.
Sungguhpun mobil telefon memudahkan komunikasi dalam
kehidupan manusia, namun persoalannya disini ialah adakah perkembangan dalam alat
teknologi masa kini terutamanya penggunaan mobil telefon memberikan keseronokan
ataupun kepuasan kepada pengguna?

Lambakan pengeluaran telefon pintar semakin meningkat di pasaran sekarang. Hal ini kerana, terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna yang rata-ratanya mempunyai sikap ketagih terhadap teknologi. Kepuasan dan status juga merupakan salah satu sebab mengapa pengeluaran telefon pintar semakin meningkat di pasaran. Sebagai contoh pengguna yang menggunakan IPhone melambangkan status mereka sebagai orang kaya dan juga memberikan kepuasan kepada mereka. Namun jenama yang lain juga mampu memberikan aplikasi yang canggih kepada pengguna seperti Samsung, Lenovo, Asus dan sebagainya. Tanpa kita sedari, kecanggihan tersebut telah meragut kualiti masa yang diluangkan bersama orang lain. Hal ini juga menyebabkan seseorang itu menjadi seorang yang anti sosial. Dari sini, proses komunikasi tidak berjalan dengan sempurna kerana masing-masing hanya memberi fokus mereka kepada telefon pintar masing-masing. Tiada istilah eye contact yang berlaku sepanjang proses komunikasi mereka. Gangguan telah berlaku dalam proses komunikasi mereka. Kesimpulan saya di sini ialah, perkembangan dalam alat teknologi seperti telefon pintar sememangnya memberikan kepuasan dan juga keseronokan kepada pengguna.
ReplyDeletePermintaan terhadap pengeluaran telefon pintar semakin berkembang disebabkan kecanggihan teknologi pada masa kini, mereka sanggup menghabiskan seibuan ringgit untuk mendapat telefon pintar ini, ada sestengah orang akan mengikut perkembangan pengeluaran terkini disebabkan kecanggihan. Oleh disebakan itulah tiada verbal communication disebakan mereka senanag untuk berhubung dalam talian sahaja,ternyatalah mobile phone mampu memberi keseronokkan dan kepuasaan sehingga membuat mereka ketagih dengan edaran kecanggihan tersebut, walaupun komunikasi secara bersemuka itu wujud namun masing-masing tidak mempedulikan, contohnya apabila keluar makan bersama rakan-rakan, masing-masing akan fokus terhadap mobile phone bukannya pada perbualan, hal ini telah menjadi kebiasaanya dan budaya masyarakat pada hari ini sehingga lupa pada adat.
ReplyDeletemasyarakat kini telah menganggap telefon pintar mereka adaah satu keperluan. Dari situ kita boleh lihat betapa pentingnya telefon pintar ketika ini. Aplikasi yang berada ditelefon pintar yang semakin maju menjadi manusia semakin celik teknologi. Kadangkala melalui telefon pintar juga manusia dapat meningkatkan tahap self-esteem mereka. Tidak hairanlah jika kini kanak-kanak seawal 5 tahun lagi sudah terdedah dengan penggunaan telefon pintar. Media mudah alih yang semakin bervariasi telah menarik pengguna untuk menggunakan telefon yang semakin caanggih. Keluaran demi keluaran telefon pintar tetap mendapat sambutan yang hangat walaupun harga yang ditawarkan kadangkala membebankan. Hal sedemikian berlaku kerana, segala media alih yang terdapat di telefon-telefon kini dapat memudahkan lagi hubungan komunikasi antara pengguna. Ada juga diantara pengguna tersebut seakan ketagih dengan kepelbagaian media mudah alih.
ReplyDeletesaya sangat bersetuju bahawa masyarakat pada masa kini terutama golongan belia yang semakin tidak boleh dipisahkan dengan kemudahan-kemudahan yangs edia ada seperti telefon pintar. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa telefon pintar ini dapat memberi keseronokan dan kepuasan kepada diri mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kemudahan telefon pintar yangs emakin maju sedikit sebanyak banyak memberi kesan negatif terhadap masyarakat kerana hubungan sillaturahim antara mereka cuma kelihatan di alam maya berbanding dengan alam realiti yang sangat jauh berbeza. Sebagai contoh, mereka lebih menumpukan perhatian kepada telefon pintar mereka berbanding berkomunikasi kepada orang lain. Ini akan memberi kesan yang sangat buruk jika tidak dikawal dengan lebih awal lagi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetelefon pintar adalah satu keperluan dan kemudahan bagi masyarakat sekarang, Terdapat pelbagai kegunaannya bukan hanya untuk membuat panggilan akan tetapi seseorang boleh bersosial dan juga menyimpan fail-fail di dalam telefon pintar tersebut. Tentang keseronokan dan kepuasan adalah terletak kepada diri seseorang. Seseorang yang gemar bersosial mungkin seronok dengan memiliki telefon pintar. Akan tetapi kepuasan itu terletak pada telefon pintar tersebut cara ia berfungsi dan sebagainya
ReplyDelete"bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan" kerana ungkapan ini paling sesuai lambakan telefon pintar pada masa sekarang. Syarikat-syarikat besar telefon pintar bersaing untuk mengeluarkan keluaran keluaran terbaru mereka walaupun di pasaran keluaran yang lama tidak habis dijual. kesannya harga telefon pintar cepat turun dan menyebabkan semua orang mampu milik. Tidak kisah la golonga tua atau muda, mereka mempunyai sebuah telefon pintar untuk kemudahan harian mereka dan menjadi keperluan kepada mereka telefon pintar ini. Ada juga sesetengah individu terlalu taksub mengenai telefon pintar hinggakan diri sendiri, keluarga, dan komuniti terabai. Selain itu, ada juga jika tiada telefon bimbit pintar di sisi, mereka menjadi gelisah dan tidak tentu arah bagaikan ayam ingin bertelur. Semua pekara ini terletak pada diri sendiri sahaja dan tiada individu dapat menguabahnya.
ReplyDeleteBersetuju dengan pendapat Sabri Kipli. Lambakan telefon pintar pada masa kini seperti "cendawan tumbuh selepas hujan". Pelbagai jenis telefon pintar yang dikeluarkan dan tidak dapat dikejar pengeluaran telefon pintar pada masa kini. Walaupun pengeluaran telefon pintar ini terlalu cepat dan mahal, setiap orang pasti memiliki sebuah telefon pintar.
ReplyDeleteTelefon pintar ini memudahkan segala urusan manusia. Contohnya, transaksi bank dapat dibuat hanya dengan penggunaan telefon pintar, tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter bank. Akan tetapi, segelintir pengguna telefon pintar ini gagal menggunakan dengan sebaik mungkin.
Cara penggunaan telefon pintar ini bergantung kepada setiap individu itu sendiri sama ada menggunakan dengan baik mahupun tidak.