Media Baru mengubah identiti diri
Apa itu identiti? Menurut Henry Taifei(1981), beliau menyatakan bahawa identiti adalah salah satu Continuum ranging daripada identiti peribadi kepada identiti sosial. Identiti diri juga membawa maksud kepada sifat atau ciri-ciri seseorang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.Selain itu, identiti juga merupakan salah satu cara yang boleh membuatkan kita menjadi individu yang unik dan berbeza daripada individu yang lain. Setiap orang mempunyai identiti yang tersendiri kerana setiap individu mempunyai pilihan untuk memilih dan membina identiti mereka sendiri.
Kecanggihan teknologi masa kini tidak lagi dapat dinafikan keberkesanannya terhadap manusia yang begitu taksub dengan penggunaan segala aplikasi yang ada dalam laman sosial. Teknologi yang berubah dari masa ke semasa turut mengubah identiti seseorang individu tersebut tanpa disedari. Laman sosial seperti facebook,twitter,wechat, instagram dan sebagainya adalah salah satu medium seseorang individu tersebut membina identiti diri mereka. Media baru yang semakin maju menyebabkan manusia tidak lagi mempunyai jurang antara satu sama lain kerana melalui laman sosial yang ada, manusia boleh mengenali atau mengetahui identiti diri seorang individu tersebut.
Sedar atau tidak, manusia pada zaman sekarang lebih selesa menyampaikan atau berkongsi sesuatu mengenai diri mereka di laman sosial untuk tatapan orang ramai samaada kepada kawan-kawan terdekat mahupun orang disekeliling yang mengenali mereka. Mereka menggunakan media baru sebagai tempat untuk melepaskan atau meluahkan apa-apa sahaja yang terjadi ataupun mengenai diri mereka. Facebook adalah salah satu medium yang paling popular sekali untuk individu berkongsi sesuatu mengenai identiti diri mereka. Sebagai contoh, seseorang itu akan mengemaskini status pada laman sosial tersebut sebagai luahan perasaan individu tersebut dan orang lain akan melihat status tersebut. Daripada status tersebut, orang lain akan mengenali individu diri seseorang itu tanpa disedari.Individu yang gemar menggunakan laman sosial untuk meluahkan perasaan mereka adalah salah satu cara mereka membina identiti diri mereka tanpa disedari.
Teknologi baru yang semakin canggih mengakibatkan individu membuat pilihan untuk menggunakan media baru sebagai alat untuk menunjukkan identiti diri mereka kepada umum. Identiti diri seseorang akan terbina melalui media baru dari masa ke semasa mengikut peredaran waktu. Setiap manusia mempunyai pilihan tersendiri untuk memilih dan membina identiti merekas sebagaimana yang mereka inginkan.
Namun, media baru yang tercipta ini akan memberi kesan negatif sekiranya tidak digunakan dengan berhati-hati. Kesan daripada menggunakan laman sosial sebagai medium berkongsi sesuatu dengan orang ramai membuatkan identiti diri seseorang individu tersebut akan dikesan oleh orang lain terutama sekali yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap individu tersebut.Sebagai contoh, kesan daripada status yang dikemas kini dalam laman sosial akan memudahkan seseorang yang berniat jahat untuk mendekati individu tersebut. Semakin banyak kes-kes penculikan dan penipuan yang berlaku akibat daripada laman sosial.
tidak dapat dinafikan lagi media baru masa kini mampu membentuk identiti baru pengguna. Berdasarkan pernyataan di atas, benarlah bahawa media sosial seperti facebook, twitter, instagram, dan sebagainya boleh memperlihatkan identiti sebenar seseorang. Hal ini berlaku kerana pengguna media sosial masa kini lebih suka berkongsi dan memdedahkan tentang diri mereka melalui medium ini. Oleh itu, perkara ini telah menjadi kebiasasan pengguna media sosial masa kini dan hal ini telah menjadi tabiat dan ketagihan kepada pengguna tidak kira lapisan masyarakat.
ReplyDeletemedia baru dapat membentuk identiti baru kepada pengguna. Hal ini kerana terdapat pelbagai media sosial diperkenalkan kepada umum. Kebanyakkan pengemar media sosial ini memuat naik status dan rutin harian mereka. sedikit sebanyak umum dapat mengetahui tentang cara kehidupan dan juga tingkah laku mereka. Namun, tidak semua status yang dimuat naik itu menggambarkan identiti mereka disebabkan kehidupan mereka tidak dapat dilihat dengan realiti.
ReplyDeleteSecara langsungnya, kita dapat lihat bahawa media baru pada masa kini seperti facebook, wechat, blogger dan sebagainya merupakan medium utama dalam membina identiti diri seseorang itu. Kedua-dua elemen tersebut mempunyai hubungan yang boleh mengubah seseorang individu menjadi individu yang lain. Medium baru juga boleh mencipta identiti yang baru apabila seseorang individu mengubah identitii diri yang sebenar kepada sifat dan sikap yang baru ketika menggunakan media ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesecara amnya, boleh dikatakan bahawa pada zaman sekarang kebergantungan kepada media baru amatlah tinggi. Segala maklumat, luahan hati dan lain-lain. Ini menyebabkan lahirlah sebuah lagi masyarakat baru iaitu masyarakat alam maya kerana sesuatu komunikasi hanyalah berhubung melalui media ini sahaja wahal pada realtitinya mereka tidak berinteraksi dengan baik dengan komuniti di sekeliling mereka. Ini menyebabkan sesuatu individu di alam realiti berbeza dengan alam maya. Sebagai contoh, di alam realtiti mereka tidak bergaul dengan orang dan seorang yang pasif tetapi di dalam alam maya, mereka amat aktif dalam memberi pandangan dan juga melontarkan komen-komen dalam luar jangkauan.
ReplyDeletePada masa sekarang kita dapat lihat bahawa kebanyakan masyarakat terutamanya generasi Y banyak menghabiskan masa dengan melayari media baru ini. Seperti menjadi keperluan mereka untuk melayari laman sebegini kerana mereka sudah merasakan media baru ialah dunia ke-2 untuk mereka untuk berinterasi kerana media ini lebih memberi kepuasan kepada mereka kerana di dunia realiti mereka tidak mendapat kepuasan yang diinginkan.
Media baru sememangnya membentuk indentiti baru kepada pengguna. Hal ini demikian kerana, majoriti masyarakat dunia kini mempunyai sekurang-kurangya satu telefon pintar untuk melibatkan diri mereka dalam media baru ini. Rata-rata masyarakat sekarang telah menjadi hamba kepada alat media baru ini seperti Facebook, Wechat, Whatsapp dan sebagainya. Setiap hari, alat-alat media baru inilah yang akan diberi keutamaan dari bangun tidur sehinggalah pada waktu tidur. Kebanyakan pengguna yang ketagih terhadap media baru ini, mereka lebih cendurung untuk menjadi individu yang introvert iaitu golongan yang tidak terbuka dengan masyarakat. Hal ini demikian kerana mereka telah mencipta dunia mereka sendiri melalui media baru tersebut. Mereka lebih selesa berkomunikasi melalui media baru berbanding dengan berkomunikasi secara face to face dalam dunia realiti.
ReplyDeletePembentukan identiti melalui media baru dapat dilihat dengan jelas pada segelintir masyarakat terutamanya remaja. Pembentukan identiti melalui media baru ini yang sanagat ketara adalah dengan penggunaan Facebook, Twitter dan WeChat. Contoh yang dapat dilihat pada Facebook adalah munculnya keyboard-keyboard worrior yang lantang mengutuk dan mencanang rata-rata orang dengan sesuka hati. Akan tetapi, hakikatnya apabila diluar Facebook, dia hanya seorang yang pendiam dan kerdil. Pembentukan identiti melalui media baru ini bole ke arah positif mahupun negatif.
ReplyDeleteSememangnya pembentukkan identiti dipengaruhi oleh media baharu seperti media sosial. Identiti pengguna terutama sekali remaja yang dikatakan tergolong dalam generasi Y seakan bergantung kepada media sosial. Sebagai contoh, ada diantara kita yang mengubah identiti mereka bergantung dengan trend semasa. Bukan itu sahaja, mereka juga seperti tiada pegangan identiti yang tetap. Perspektif yang beza dari kalangan pengguna media terhadap identiti mereka tidak kiralah kearah yang positif mahupun negatif. Semua itu bergantung kepada cara mereka mengadaptasi penggunaan media ketika ini.
ReplyDeleteTitanium Mens Ring - Titanium Arts
ReplyDeleteA stainless steel ring with two stainless steel plates. It will fit all citizen eco drive titanium watch the way from the titanium tv alternative inside to the inside thaitanium of the inside of the titanium eyeglasses Ring. The inside is $49.95 · Out of titanium dioxide sunscreen stock
op019 akubulgaria,armanidanmark,jessica simpson bikini swimwear,quiksilver slovenija,dámské tenisky ara,aerosoles españa,jessica simpson sandalias,marc jacobs kabelka,goodr sunglasses switzerland eg300
ReplyDelete