Wednesday, April 29, 2015


KENALI PENGGUNAAN BLOG PADA MASA KINI
           

           
Adakah anda penguna blog?
Asal usul blog
Blog adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu web dan blog atau weblog. Penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog hampir lapan tahun sejak 1994 lagi. Beliau antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog akhirnya diterima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.
 Penulisan blog lebih berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Pelbagai maklumat dan informasi dalam pendidikan boleh dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh  berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yang membina terhadap catatan yang dibuat.
.Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, komunikasi dan teknologi maklumat, Masyarakat pada masa terlalu bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Adakah anda mempunyai akuan blog sendiri?
*kongsilah bersama kawan yang lain*
Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT). Masyarkat telah menggangap blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Faktor-faktor penggunaan blog dari tiga aspek iaitu perkembangan teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Blog menjadi revolusi kepada pemesatan penyebaran maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Selari dengan pergerakan masa, blog telah banyak membantu perkembangan dalam pemikiran manusia dalam perspektif pendidikan secara global.
Semuanya di hujung jari anda, cepat dan mudah.




10 comments:

  1. Blog yang paling ketara dan sangat popular adalah digunakan untuk berkongsi maklumat terkini. Pengguna atau pembaca boleh membaca apa saja maklumat yang dimuat turun. Pengguna juga dapat berinteraksi dengan pengendali blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Selain itu, blog juga digunakan sebagai tempat perbincangan di ruang komen dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Ini adalah sangat berbeza, berkesan dan sangat cepat daripada menggunakan ruangan forum di halaman surat khabar. Tidak mustahilah penggunaan blog ini sangat cepat berkembang. Hal ini sama seperti apa yang saya lakukan untuk memberi pandangan dan juga cadangan kepada mana-mana blog yang saya kunjungi. sekian

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Diari dan Blog adalah mengunakan konsep yang sama untuk berkongsi pendapat dan pandangan tetapi perbezaan antara blog dan diari ialah blog semua orang boleh berkongsi tetapi dairi hanya orang tertentu boleh membaca. Ramai pengguna mengunakan blog untuk meluahkan perasaan dan membincangkan hal-hal semasa kerana di dalam blog ini akan mempunyai pengikut yang akan komen maklumat yang dikongsikan. Selain itu, bagi pengarang-pengarang yang mempunyai bakat tetapi tidak mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat yang terpendam, Blog menjadi plihan mereka untuk mencipta karya mereka. Tidak hairanlah bahawa blog berkembang pesat dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan definisi blog dalam artikel di atas menunjukkan bahawa blog berfungsi sebagai medium menyebarkan maklumat, berkongsi pendapat dan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan bagi setiap individu yang memiliki akaun blog. Malahan, pada masa kini blog juga berfungsi sebagai tempat untuk mencanang idea-idea baru untuk memperbaiki lagi diri dalam bidang penulisan yang mereka ceburi. Kebanyakan blogger-blogger terkini menggunakan blog sebagai tempat untuk mereka mengeluarkan segala ilham yang terbuku dalam fikiran mereka tanpa perlu membawa sebarang buku ke merata tempat untuk menulis. Selaras dengan teknologi yang kian berkembang, blog antara laman sosial yang di anggap sebagai diari atau penulisan harian individu yang dilakukan secara atas talian dimana ia boleh di akses walau di mana berada. Berdasarkan penggunaan blog juga, semakin ramai individu yang menjadi blogger terkenal disebabkan penulisannya.

    ReplyDelete
  6. Penggunaan blog bertujuan untuk berkongsi pendapat atau pandangan seseorang kepada umum. Blog juga digunakan sebagai medium untuk menyebarkan maklumat palsu atau menjatuhkan seseorang terutamanya pemimpin. Pelbagai fungsi blog yang diaplikasikan pada masa kini. Blog bukan sahaja sebagai dairi online atau medium menyebarkan maklumat, malah blog juga menjadi tempat urusan jual beli online (mungkin perempuan lebih arif atau tahu mengenai blog online).

    Blog yang menarik dan bagus akan mendapat pengikut yang ramai. Cara penulisan yang bagus akan menarik perhatian orang untuk terus membaca bog tersebut. Contohnya, blog HanisZalikha. HZ dikenali melalui blog penulisan beliau yang menarik, kata-kata motivasi dan tips-tips kecantikan yang dikongsikan membuat orang ramai tertarik untuk terus membaca blog beliau. HZ dikenali sebagai blogger famous di Malaysia.

    Saya tidak mempunyai blog kerana saya tidak berminat untuk berkongsi perkara personal kepada umum.

    ReplyDelete
  7. Blog pada awalnya digunakan untuk menulis diari harian, namun perubahan masa telah menyebabkan penggunaan blog semakin berkembang sehingga terdapat individu yang memperolehi pendapatan hanya melalui blog mereka. Kebanyakan pengguna menggunakan blog sebagai diari digital mereka. Di dalam blog persendirian tersebut terdapat cerita-cerita mengenai kisah hidup mereka, gambar dan video-video yang menarik untuk dikongsi bersama follower yang lain. Selain daripada itu, ada juga sesetengah pihak yang menggunakan blog ini untuk berniaga secara atas talian. Mereka memuat naik gambar barang-barang yang ingin dijual. Ada juga yang menggunakan blog untuk berkongsi maklumat dan isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Antara blog-blog yang terkenal dalam berkongsi isu-isu semasa seperti Penmerah, Siakap Keli dan sebagainya. Blog mereka menjadi lebih terkenal apabila link blog tersebut dikongsi di laman Facebook.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan blog pada masa kini semakin meningkat penggunaanya dalam kalangan masyarakat. Saya bersetuju dengan penulis blog yang mengatakan bahawa blog dijadikan medium sebagai penyampai maklumat kepada pembaca.Pada masa kini, pelbagai maklumat dan luahan hati sering ditulis dan disebarkan melalui blog untuk dikongsi bersama pembaca yang lain

    ReplyDelete
  9. Tidak semua generasi kini mempunyai akuan blog, hal disebabkan mereka lebih memilih facebook disebabkan perkara yang tertentu. Walaubagaimanapun, blog masih menjadi medium penyampaian maklumat yang amat terpenting pada masa kini. Kadang kala link blog juga dikongsi dalam media baru yang lain. Penggunaan blog sendiri membolehkan kita mengekpresikan diri secara tidak ramai yang akan tahu.

    ReplyDelete
  10. Pengguna media sosial kini semakin meningkat dek kerana perkembangan teknologi ketika ini. Penggunaan blog seakan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Blog merupakan satu medium atau wadah untuk mereka berkongsi pelbagai maklumat seperti perkongsian resepi, perkongsian isu semasa dan sebagainya. Ada dalam kalangan masyarakat kini menjadikan blog sebagai diari seharian mereka.

    ReplyDelete