Wednesday, April 1, 2015


Aktiviti

Blog adalah perbualan interaktif. Pengguna Internet boleh membaca blog dan kemudian mengemukakan komen mereka sendiri. Terdapat juga blog yang posting fikiran, pendapat, dan pautan kepada artikel berkaitan berita, blog, dan laman web. Penggunaan blog dalam kempen politik, organisasi, dan perniagaan telah menjadi semakin popular, yang membolehkan institusi-institusi ini untuk berkomunikasi secara tidak rasmi, majoriti blog diterbitkan oleh individu. Blog berita yang telah dilayari adalah malaysiakita-bakaq.blogspot.com

Dengan Internet, orang boleh terlibat dalam pelbagai kegiatan melalui komputer, dengan syarat bahawa mereka mempunyai akses kepada Internet. Dengan wujudnya berita atas talian (Online News), ianya telah menyenangkan dan memudahkan pelbagai pihak dan pembaca. Medium baru ini menunjukkan peningkatan peratusan dikalangan pembaca. Berita atas talian yang telah dilayari adalah, Malaysia Kini dan MalaysiaInsider.




Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat terhadap berita atas talian yang dapat dilihat. Antaranya kebaikan dan keburukan pada “Online News” ini adalah :


Kebaikan dari Online News ini antaranya adalah,
  • Media baru dalam era maklumat ini, ia memberi, bermaklumat, bijak, platform interaktif segera untuk perbincangan dan perbahasan.
  • Memberi informasi semasa yang tiada dalam media massa.
  • Memudahkan masyarakat untuk mengetahui segala info dari segala bentuk dan dari    seluruh negara.
  • Mudah diakses, antaranya melalui telefon pintar, tablet dan computer riba.
  • Masyarakat dapat mengetahui kebenaran yang cuba diputar belitkan atau  disembunyikan oleh pihak yang tertentu (Contohnya: kerajaan /organisasi /pihak berkuasa / pembangkang dll )

Keburukan dari "Online News" ini antaranya adalah,
  • Tidak dapat dipastikan kesahihahan sesuatu berita yang ditulis.
  •  Kurang kawalan terhadap penulisan sesuatu berita. Sesiapa sahaja boleh menulis dan menyebarkan berita palsu dan fitnah.
  •  Berlainan pandangan dan pendapat dari individu mengenai sesuatu berita.
  • Wujudnya “keyboard worrior” yang hanya akan menyebabkan suasana tegang dan memecah belahkan pelbagai pihak.
  • Penyebaran berita yang terlalu cepat.

Berdasarkan dari apa yang dilayari dan dilihat, saya merasakan terdapat dua “Online News” yang sesuai untuk dibaca.
  •     Malaysia Kini (Online News Site)
  •     Sinar Harian Online (Online News part of Newspaper)

Kenapa?

Laman berita bebas terkemuka negara, Malaysiakini, muncul sebagai laman berita paling popular di negara ini. Laman berita ini dikunjungi dan diakses sama ada melalui telefon pintar mahupun komputer riba.

Malaysian Digital Association (MDA) menyatakan Malaysia Kini menduduki tempat teratas dengan 1.25 juta pelawat setiap bulan. Dengan jumlah pelawat yang dinyatakan ini membuktikan bahawa pembaca mempercayai dengan sumber berita yang ditulis dalam Malaysia Kini. The Star di tempat nombor dua, dengan 1.16 juta pelawat, manakala portal Melayu Harian Metro adalah di nombor tiga (996,000), diikuti oleh The Malaysian Insider (951,000) dan satu lagi portal Melayu, Sinar Harian (773000).




Malaysia Kini adalah laman berita bebas tanpa kawalan dari pihak kerajaan dan berita yang ditulis tidak melindungi mana-mana pihak. Dengan ini, masyarakat dapat mengetahui segala berita tanpa diselindung dan baik buruk pelbagai pihak. Malaysia Kini memberi maklumat yang diingini oleh pembaca dan laman berita ini mudah untuk diakses. 


Apa pandangan anda mengenai “Online News” yang terdapat di Malaysia? Dan apa pilihan anda untuk membaca?   


7 comments:

  1. Bagi saya, berita atas talian amat diperlukan pada masa kini. Ianya memudahkan saya untuk mendapatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa. Di samping itu dapat menjimatkan masa tanpa perlu membeli akhbar harian. Saya lebih gemar membaca isu-isu berkenaan politik semasa,dan sukan. Jika ingin mendapatkan maklumat tentang politik saya lebih gemar melawat laman web Harakah Daily dan Astro Awani. Saya lebih gemar untuk melwat laman web Sinar Harian dan Harian Metro.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan artikel di atas kerana berita secara atas talian lebih cepat disampaikan kepada audien. Audien juga tidak perlu menunggu keesokkan harinya untuk mendapatkan berita tersebut melalui akhbar . Berita secara atas talian juga mempunyai kepentingan sendiri kepada sesuatu pihak. Oleh itj, kita haruslah bijak memilih portal media yang sesuai unyuk mendapatkan kesahihan sesuatu berita.

    ReplyDelete
  3. Bagi pendapat saya, berita atas talian ini lebih mudah diakses dan mudah didapati tanpa perlu mengeluarkan kos untuk membeli akhbar yang dicetak. Malahan pada masa kini, kemudahan ini boleh didapati dimana-mana sahaja dengan menggunakan hujung jari. Berita atas talian ini memberi banyak maklumat dengan cepat dan mudah namun kita juga haruslah tahu membezakan antara berita yang sahih ataupun tidak

    ReplyDelete
  4. pada pandangan saya, berita atas talian akan menjadi pilihan saya kerana ia amat mudah dan cepat, hal ini kerana semua di hujuang jari sahaja, tekan sahaja apa yang kita mahu pasti terus dapat. Remaja seperti saya pada zaman kini boleh dikatakan 90% sudah tidak membeli surat khabar, hal ini kerana mereka lebih senang menggunakan internet untuk mendapatkan berita secara online.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, saya lebih cenderung dalam memilih berita atas talian. Hal ini demikian kerana, sebagai seorang pelajar universiti, amat sukar mendapatkan naskah surat khabar dan terpaksa mengambil masa untuk mendapatkan akhbar tersebut. Dengan keadaan jadual yang padat membuatkan kami tiada masa untuk mendapatkan naskah akhbar tersebut. Oleh sebab itu, kami telah gemar memilih berita atas talian kerana lebih menjimatkan masa dan tidak perlu membuang tenaga untuk mendapatkan akhbar. Selain daripada itu, berita atas talian menyediakan laporan berita yang lepas, jadi kami masih berpeluang untuk membaca berita-berita lepas.

    ReplyDelete
  6. seperti sedia maklum, generasi Y tidak mahu akan perkara yang remeh dan meyusahkan mereka. Seperti juga mencari maklumat dan berita, mereka mahukan maklumat segera dan beraneka, jadi berita online menjadi pilihan mereka. Mereka boleh membaca berita-berita di serata tempat tanpa mempunyai batasan. Tambahan pula, senaskah surat khabar berharga Rm 1.50 amatlah mahal dan sesetengah individu tidak mampu membeli lebih dari satu naskah. Jadi Surat Khabar Oline ini memjadi pilihan kepada mereka.

    ReplyDelete
  7. Berita atas talian memudahkan orang ramai terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk membeli surat khabar atau bagi mereka yang sangat sibuk sehinggakan tidak sempat untuk membaca berita pada hari tersebut. Berita atas talian dapat dibaca dan diakses pada bila-bila dan di mana-mana sahaja yang dikehendaki oleh mereka.

    ReplyDelete