Wednesday, April 29, 2015


KENALI PENGGUNAAN BLOG PADA MASA KINI
           

           
Adakah anda penguna blog?
Asal usul blog
Blog adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu web dan blog atau weblog. Penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog hampir lapan tahun sejak 1994 lagi. Beliau antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog akhirnya diterima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara meluas.
 Penulisan blog lebih berbentuk jurnal dan catatan diari dengan isi kandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Pelbagai maklumat dan informasi dalam pendidikan boleh dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh  berinteraksi antara satu sama lain serta memberikan komen dan ulasan yang membina terhadap catatan yang dibuat.
.Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, komunikasi dan teknologi maklumat, Masyarakat pada masa terlalu bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Adakah anda mempunyai akuan blog sendiri?
*kongsilah bersama kawan yang lain*
Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT). Masyarkat telah menggangap blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Faktor-faktor penggunaan blog dari tiga aspek iaitu perkembangan teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Blog menjadi revolusi kepada pemesatan penyebaran maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Selari dengan pergerakan masa, blog telah banyak membantu perkembangan dalam pemikiran manusia dalam perspektif pendidikan secara global.
Semuanya di hujung jari anda, cepat dan mudah.




Sunday, April 26, 2015

Kegunaan teknologi untuk menerangkan hukum merokok mengikut pandangan islam.



Secara amnya, setiap masyarakat memiliki pengetahuan yang unik dan bertindak dengan cara yang berbeza apabila berhadapan dengan keperluan yang sama serta dalam menghasilkan berbagai bentuk penyelesaian. Budaya sesebuah masyarakat mempengaruhi cara penggunaan, pembinaan dan penguasaan terhadap teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka.
         Teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi. Budaya tersebut menentukan cara-cara bagi memahami sesuatu perkara berbentuk teknikal, menterjemahkan matlamat serta kegunaan teknologi, mengenal pasti masalah serta peraturan-peraturan dalam tindakan dan mencari pernyelesaian. Pilihan terhadap teknologi bergantung kepada sikap seseorang sama ada bersikap terbuka atau sebaliknya dalam menerima teknologi baru. Penerimaan biasanya bergantung kepada sejauh mana teknologi berkenaan sesuai dan berfaedah untuk masyarakat. Kesedaran terhadap nilai dalam barang-barang budaya dan penggunaan peralatan. 









          



     Apabila menyebut rokok, maka ianya tidak lepas dari perbincangan tentang tembakau. Berdasarkan kepada maklumat, tembakau ini tidak dikenali melainkan pada awal kurun ke 11 hijrah. Ekoran dari itu, ulama-ulama di zaman sebelum itu tidak memperkatakan hukum rokok. Mengikut dakwaan sesetengah pihak, amalan merokok ini berasal dari amerika dan merebak ke eropah dalam kurun ke 16. Pada awalnya, amalan merokok ini dianggap sebagai salah satu amalan untuk perubatan. Pada kurun ke 19, amalan merokok ini sudah tersebar di seluruh dunia, termasuk dunia umat Islam ketika itu.
Setelah amalan merokok ini tersebar, didapati ianya banyak memberi kerosakan dan menjejaskan kepada kesihatan, terutama kepada kesihatan otak, jantung, penglihatan mata dan sebagainya. Apa yang lebih teruk dari itu adalah, terjejasnya kesihatan itu bukan sekadar dikalangan perokok sahaja, tetapi ianya merebak kepada mereka-mereka yang tidak merokok juga. Perkara ini telah diakui oleh sebilangan besar doktor-doktor di dunia, sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang “disepakati” dikalangan para doktor. Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan buruk kepada manusia, maka ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan hukum rokok.














      Hukum agama islam, merokok adalah haram kerana rokok mempunyai unsur arak kerana sebelum menjadi rokok, tembakau diremdam dan diperap dengan perahan anggur dan epel. Epel dan anggur adalah bahan digunakan untuk membuat arak. Selain itu, merokok membazikan wang dan juga harta untuk mendapatkan rokok yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Pembaziran adalah ditegah oleh islam dan menjadi amalan syaitan sesiapa sahaja yang membazir. Wang yang membeli rokok boleh digunakan untuk bersedekah dan digunakan untuk kegunaan harian yang lebih berfaedah. Selain itu, rokok jiga menyebabkan seseorang individu terbabit akan mengalami masalah ketagihan yang teruk. Apabila individu yang merokok akan menjadikan rokok sebahagian rutin harian mereka dan sekaligus menjadi hamba kepada rokok.






Friday, April 17, 2015

Media Baru mengubah identiti diri

Apa itu identiti? Menurut Henry Taifei(1981), beliau menyatakan bahawa identiti adalah salah satu Continuum ranging daripada identiti peribadi kepada identiti sosial. Identiti diri juga membawa maksud kepada sifat atau ciri-ciri seseorang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.Selain itu, identiti juga merupakan salah satu cara yang boleh membuatkan kita menjadi individu yang unik dan berbeza daripada individu yang lain. Setiap orang mempunyai identiti yang tersendiri kerana setiap individu mempunyai pilihan untuk memilih dan membina identiti mereka sendiri.

Kecanggihan teknologi masa kini tidak lagi dapat dinafikan keberkesanannya terhadap manusia yang begitu taksub dengan penggunaan segala aplikasi yang ada dalam laman sosial. Teknologi yang berubah dari masa ke semasa turut mengubah identiti seseorang individu tersebut tanpa disedari. Laman sosial seperti facebook,twitter,wechat, instagram dan sebagainya adalah salah satu medium seseorang individu tersebut membina identiti diri mereka. Media baru yang semakin maju menyebabkan manusia tidak lagi mempunyai jurang antara satu sama lain kerana melalui laman sosial yang ada, manusia boleh mengenali atau mengetahui identiti diri seorang individu tersebut.

Sedar atau tidak, manusia pada zaman sekarang lebih selesa menyampaikan atau berkongsi sesuatu mengenai diri mereka di laman sosial untuk tatapan orang ramai samaada kepada kawan-kawan terdekat mahupun orang disekeliling yang mengenali mereka. Mereka menggunakan media baru sebagai tempat untuk melepaskan atau meluahkan apa-apa sahaja yang terjadi ataupun mengenai diri mereka. Facebook adalah salah satu medium yang paling popular sekali untuk individu berkongsi sesuatu mengenai identiti diri mereka. Sebagai contoh, seseorang itu akan mengemaskini status  pada laman sosial tersebut sebagai luahan perasaan individu tersebut dan orang lain akan melihat status tersebut. Daripada status tersebut, orang lain akan mengenali individu diri seseorang itu tanpa disedari.Individu yang gemar menggunakan laman sosial untuk meluahkan perasaan mereka adalah salah satu cara mereka membina identiti diri mereka tanpa disedari.

Teknologi baru yang semakin canggih mengakibatkan individu membuat pilihan untuk menggunakan media baru sebagai alat untuk menunjukkan identiti diri mereka kepada umum. Identiti diri seseorang akan terbina melalui media baru dari masa ke semasa mengikut peredaran waktu. Setiap manusia mempunyai pilihan tersendiri untuk memilih dan membina identiti merekas sebagaimana yang mereka inginkan.

Namun, media baru yang tercipta ini akan memberi kesan negatif sekiranya tidak digunakan dengan berhati-hati. Kesan daripada menggunakan laman sosial sebagai medium berkongsi sesuatu dengan orang ramai membuatkan identiti diri seseorang individu tersebut akan dikesan oleh orang lain terutama sekali yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap individu tersebut.Sebagai contoh, kesan daripada status yang dikemas kini dalam laman sosial akan memudahkan seseorang yang berniat jahat untuk mendekati individu tersebut. Semakin banyak kes-kes penculikan dan penipuan yang berlaku akibat daripada laman sosial.

Sunday, April 12, 2015

The Real Life (Life 2.0)

Dalam cerita “The Real Life (Life 2.0)” mendedahkan mengenai kehidupan atau dunia kedua yang dicipta oleh manusia. Dunia yang dimaksudkan ialah dunia dalam versi 3 dimensi 3D. terdapat kisah kehidupan yang berbeza ditunjukkan dalam cerita ini. Kisah pertama ialah mengenai hubungan antara suami isteri, di mana suaminya terpaksa meninggalkan isteri atas urusan kerja. Namun disebabkan oleh kesibukan suami membuatkan isteri menjadi sunyi dan cenderung untuk mencari seseorang yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh suaminya. Melalui dunia kedua ini, isteri telah menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain apabila suaminya keluar bekerja.

            Kisah kedua pula ialah mengenai seorang lelaki yang mempunyai sejarah silam yang menakutkan menyebabkan dia mencipta dunia kedua melalui identiti yang berbeza. Dia muncul dalam identiti seorang gadis yang berumur 11 tahun. Watak gadis tersebut lebih kearah keseronokan dan suka menari di kelab malam. Dorongan yang menyebabkan lelaki tersebut mencipta dunianya sendiri melalui identiti seorang gadis remaja kerana kisalh silamnya yang pernah menjadi mangsa buli.

            Kisah yang terakhir pula mengisahkan dunia seorang wanita yang merupakan seorang pereka web. Wanita ini telah mencipta identitinya sebagai seorang pemilik butik yang bernama NaKID. Wanita ini masih mengekalkan imejnya sebagai warga American Africa cuma mengubah bentuk badannya dari berbadan besar kepada kurus dan seksi. Menariknya, dia juga memperolehi pendapatan melalui dunia kedua ini.

            Kesimpulannya, kebanyakan manusia yang terlibat dalam dunia kedua ini mempunyai kisah mereka sendiri sehingga mereka lebih taksub terhadap dunia baru yang dicipta oleh mereka sendiri. Selain daripada itu, keadaan realiti adalah amat berbeza dengan identiti yang dicipta oleh mereka.


            Persoalannya, adakah media baru ini membentuk identiti baru?



Saturday, April 4, 2015

WARTAWAN WARGA (CITIZEN JOURNALIST)

Apa yang dikatakan Wartawan Warga (Citizen Journalist)?

Wartawan warga (Citizen journalis) adalah warga biasa yang menjalankan fungsi selayaknya wartawan profesional yang pada umumnya yang menggunakan channel media baru iaitu internet untuk menyebarkan informasi dan berita yang mereka dapat. 


Shayne Bowman dan Chris Willis pula mendefinisikan citizen journalism sebagai ‘…the act of citizens playing an active role in the process of collecting, reporting, analyzing, and disseminating news and information”.



Menurut Chamil Wariya (chamiwariya.com), kewartawanan warga dalam talian merujuk pada fenomena penyebaran dan penyaluran maklumat, baik berbentuk laporan berita dan penulisan artikel oleh individu-individu atau organisasi media yang bebas daripada pengaruh, kepentingan, dan pemilikan badan-badan kerajaan atau mana-mana parti-parti politik tempatan serta para pelabur yang lain. Oleh itu penulisan wartawan warga seharusnya membingkaikan penulisan mereka berdasarkan pemerhatian objektif pada fakta, adil, dan tidak semata-mata terhad sebagai satu tindak balas alternatif (counter/alternative response) kepada kewartawanan arus perdana.

Wartawan warga diberikan peluang yang luas bagi setiap warga negara untuk mengutarakan pendapatnya, baik untuk mengkritik kebijakan pemerintah (watchdog) ataupun sekadar mengekspresikan kehidupan pribadinya. Dengan kata lain, wartawan warga dapat berfungsi sebagai penghubung kepada pemajuan hak asasi manusia. Bukan itu sahaja, malahan wartawan warga dapat dikatakan satu wadah kepada demokrasi di negara.

Wartawan warga ini menurut saya mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Daripada perspektif positif, wartawan warga ini boleh membantu dalam melaporkan sesuatu informasi yang tidak mampu diketahui ramai. Perspektif negatif pula, ketulusan atau kesahihan sesuatu informasi boleh dipertikaikan.

Wartawan warga tidak bertujuan menciptakan keseragaman pendapat umum namun lebih menitikberatkan kepada “inilah yang terjadi dalam lingkungan kita”. Wartawan warga dinilai sebagai bentuk penyertaan aktif masyarakat untuk menyuarakan pendapat secara lebih berleluasa, terstruktur, serta dapat diakses secara umum dan sekaligus menjadi rujukan alternatif kepada masyarakat.





Siapa yang layak menjadi wartawan warga?

Konsep asal kewartawanan warga telah mengetengahkan idealisme lapor berita  dan penulisan kewartawanan yang bebas daripada kepentingan pihak tertentu oleh segolongan individu-individu yang mengambil berat tentang kebenaran yang dikongsi dan disampaikan kepada orang awam. Mereka boleh datang dari pelbagai latar belakang, sama ada golongan profesional atau bukan asalkan mereka mengamalkan etika kewartawanan yang tinggi serta memenuhi beberapa prasyarat asas kewartawanan seperti minda yang kritikal pada keadaan sekeliling (fakta), kebolehan untuk membuat siasatan, menemubual dan menulis laporan.

Kebaikan dan Keburukan Wartawan Warga?

Kebaikan
Keburukan
  1. Tidak bersifat bias kepada mana-mana pihak
  2. Idea atau informasi yang dikeluarkan adalah diatas keinginan penulis tanpa ditetapkan oleh mana-mana pihak
  3. MeNdedahkan informasi yang mungkin tidak diketahui orang ramai
  4. Freelance
  5. Bebas mengutarakan pendapat, informasi atau berita untuk dikongsi
  6. Bersifat terus tanpa berselindung
  7. Menggunakan kecanggihan teknologi yang sedia ada
  8. Informasi tersalurkan dengan cepat
  9. Mendapat tindakbalas daripada pembaca secara terus.
  10. Meningkatkan keselamatan melalui maklumat yang diberikan.


  1. Sumber informasi yang kabur dan tidak jelas kesahihan
  2. Mudah dipertanggungjawab di bawah Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
  3. Tiada pendapatan yang tetap dan kedudukan yang stabil.
  4. Kepelbagaian pendapat, andaian dan informasi. (Contoh: yang berkaitan dengan MH370)



Kesimpulannya, wartawan warga ini mempunyai kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat dan negara. Peningkatan demi peningkatan jumlah wartawan warga adalah disebabkan oleh kepekaan masyarakat berkaitan isu sekeliling dan juga disebabkan oleh kemajuan teknologi. Hal ini demikian kerana setiap berita yang ingin dilaporkan oleh wartawan warga boleh dibuat tidak kira tempat dan masa.




Friday, April 3, 2015

Pemetaan Media Mudah Alih

Aktiviti harian manusia masa kini menjadi lebih mudah dengan wujudnya dan berlaku perkembangan dalam  teknologi perhubungan dan komunikasi. Kewujudan teknologi ini merupakan revolusi idea yang dicipta untuk memudahkan manusia berhubung dan menjalani kehidupan harian mereka. 

Teknologi yang dimaksudkan ialah media mudah alih yang dicipta dalam bentuk telefon bimbit, computer riba, dan tab. Namun begitu, fokus utama perbincangan ini ialah mobil telefon.
Mobil telefon ( telefon mudah alih ) yang dicipta pada masa kini semakin maju kerana alat ini merupakan alat mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Pada suatu masa dahulu, mobil telefon dicipta dalam saiz yang agak besar dan berat, namun saiznya menjadi semakin kecil hari demi hari. Tetapi pada masa kini, pencipta alat ini kembali menciptakan mobil telefon dalam saiz yang semakin besar, nipis, dan lebih canggih seiring dengan perkembangan mobil telefon masa kini.

Oleh sebab kecanggihan alat teknologi ini berkembang, penggunaan mobil telefon juga semakin meningkat dan bertebaran dalam kalangan manusia. Pada masa kini, mobil telefon menjadi satu alat yang terpenting dalam kehidupan manusia di samping merupakan alat mampu milik bagi mereka yang masih bergelar pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna kini memiliki lebih daripada satu mobil telefon yang digunakan dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, kecanggihan dalam perkembangan teknologi mobil  telefon ini meninggalkan kesan sama ada kesan positif dan kkesan negatif. Antara kesan positif ialah memudahkan komunikasi antara manusia dengan mendekatkan jarak atau darjah ketersampaian manusia melalui perhubungan di mobil telefon. Selain itu, dengan kecanggihan mobil telefon masa kini, telefon juga boleh dijadikan alat pengganti kepada komputer atau komputer riba. Hal ini kerana mobil telefon juga boleh menyimpan pelbagai aplikasi dan dokumen. Dalam kalangan pelajar pula, dengan melanggan pakej internet mobil, mereka boleh dan sering menggunakan mobil telefon untuk menyiapkan tugasan  atas talian yang diberikan oleh pensyarah hanya dengan melalui mobil telefon masing-masing. Mereka juga boleh mengakses maklumat yang diperlukan segera dan dimana-mana sahaja tanpa perlu ke makmal komputer.

Dalam kelebihan yang dimiliki oleh alat teknologi ini, secara tidak sedar, alat teknologi ini mampu memberikan impak negatif kepada pengguna. Pengguna akan menjadi lalai apabila menggunakan mobil telefon dan internet sehingga mewujudkan sifat individualistik dan anti sosial dalam kalangan pengguna. Komunikasi bersemuka akan berkurangan walaupun sekumpulan manusia berkumpul ditempat yang sama terutamanya di kedai-kedai makan. Dalam pada itu, kesan negatif daripada kemajuan alat teknologi ini dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa boleh berubah dan tercemar ekoran daripada ejaan yang dieja secara singkatan dan mengikut emosi masing-masing.


Sungguhpun mobil telefon memudahkan komunikasi dalam kehidupan manusia, namun persoalannya disini ialah adakah perkembangan dalam alat teknologi masa kini terutamanya penggunaan mobil telefon memberikan keseronokan ataupun kepuasan kepada pengguna?

Wednesday, April 1, 2015


Aktiviti

Blog adalah perbualan interaktif. Pengguna Internet boleh membaca blog dan kemudian mengemukakan komen mereka sendiri. Terdapat juga blog yang posting fikiran, pendapat, dan pautan kepada artikel berkaitan berita, blog, dan laman web. Penggunaan blog dalam kempen politik, organisasi, dan perniagaan telah menjadi semakin popular, yang membolehkan institusi-institusi ini untuk berkomunikasi secara tidak rasmi, majoriti blog diterbitkan oleh individu. Blog berita yang telah dilayari adalah malaysiakita-bakaq.blogspot.com

Dengan Internet, orang boleh terlibat dalam pelbagai kegiatan melalui komputer, dengan syarat bahawa mereka mempunyai akses kepada Internet. Dengan wujudnya berita atas talian (Online News), ianya telah menyenangkan dan memudahkan pelbagai pihak dan pembaca. Medium baru ini menunjukkan peningkatan peratusan dikalangan pembaca. Berita atas talian yang telah dilayari adalah, Malaysia Kini dan MalaysiaInsider.




Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat terhadap berita atas talian yang dapat dilihat. Antaranya kebaikan dan keburukan pada “Online News” ini adalah :


Kebaikan dari Online News ini antaranya adalah,
  • Media baru dalam era maklumat ini, ia memberi, bermaklumat, bijak, platform interaktif segera untuk perbincangan dan perbahasan.
  • Memberi informasi semasa yang tiada dalam media massa.
  • Memudahkan masyarakat untuk mengetahui segala info dari segala bentuk dan dari    seluruh negara.
  • Mudah diakses, antaranya melalui telefon pintar, tablet dan computer riba.
  • Masyarakat dapat mengetahui kebenaran yang cuba diputar belitkan atau  disembunyikan oleh pihak yang tertentu (Contohnya: kerajaan /organisasi /pihak berkuasa / pembangkang dll )

Keburukan dari "Online News" ini antaranya adalah,
  • Tidak dapat dipastikan kesahihahan sesuatu berita yang ditulis.
  •  Kurang kawalan terhadap penulisan sesuatu berita. Sesiapa sahaja boleh menulis dan menyebarkan berita palsu dan fitnah.
  •  Berlainan pandangan dan pendapat dari individu mengenai sesuatu berita.
  • Wujudnya “keyboard worrior” yang hanya akan menyebabkan suasana tegang dan memecah belahkan pelbagai pihak.
  • Penyebaran berita yang terlalu cepat.

Berdasarkan dari apa yang dilayari dan dilihat, saya merasakan terdapat dua “Online News” yang sesuai untuk dibaca.
  •     Malaysia Kini (Online News Site)
  •     Sinar Harian Online (Online News part of Newspaper)

Kenapa?

Laman berita bebas terkemuka negara, Malaysiakini, muncul sebagai laman berita paling popular di negara ini. Laman berita ini dikunjungi dan diakses sama ada melalui telefon pintar mahupun komputer riba.

Malaysian Digital Association (MDA) menyatakan Malaysia Kini menduduki tempat teratas dengan 1.25 juta pelawat setiap bulan. Dengan jumlah pelawat yang dinyatakan ini membuktikan bahawa pembaca mempercayai dengan sumber berita yang ditulis dalam Malaysia Kini. The Star di tempat nombor dua, dengan 1.16 juta pelawat, manakala portal Melayu Harian Metro adalah di nombor tiga (996,000), diikuti oleh The Malaysian Insider (951,000) dan satu lagi portal Melayu, Sinar Harian (773000).




Malaysia Kini adalah laman berita bebas tanpa kawalan dari pihak kerajaan dan berita yang ditulis tidak melindungi mana-mana pihak. Dengan ini, masyarakat dapat mengetahui segala berita tanpa diselindung dan baik buruk pelbagai pihak. Malaysia Kini memberi maklumat yang diingini oleh pembaca dan laman berita ini mudah untuk diakses. 


Apa pandangan anda mengenai “Online News” yang terdapat di Malaysia? Dan apa pilihan anda untuk membaca?